Dua pengarang kanan The Star digantung tugas...Padan Muka Dengan Kebodohan Bawa Sendiri

Ketika kecaman ramai terhadap The Star semakin memuncak... akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini mengumumkan tindakan dalaman mengantung tugas dua pengarang kanan sehingga siasatan selesai berkaitan muka depan akhbar itu 27 Mei lalu.

Ketua Pengarang Datuk Leanne Goh Lee Yen dan pengarang eksekutif Dorairaj Nadason digantung tugas sehingga diberitahu kelak kata satu pemberitahuan dalam laman web akhbar tersebut Star Online.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Media dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai akan mengambil alih operasi editorial dalam tempoh ini.

Kumpulan akhbar tersebut juga berikrar akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam menyiasat isu itu, khususnya Kementerian Dalam Negeri dan polis.

Sementara itu, PAS tidak berpuas hati dengan surat tunjuk sebab tujuh hari yang diberikan kementerian dalam negeri (KDN) kepada The Star.

Parti itu menyangka kerajaan akan terus menggantung akhbar tersebut, tanpa meminta sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap akhbar itu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

“Saya ingatkan KDN akan terus gantung The Star,” kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad kepada pemberita.

“Tindakan dia (KDN) macam cubit. Kena keras lagi kerana isu ini besar dan kita terpaksa buat laporan polis,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya.

KDN semalam memberi tempoh 7 hari kepada The Star selepas 4 wakil akhbar itu hadir ke KDN bagi memberi penjelasan berhubung laporan muka depan akhbar bertajuk “Malaysia Terrorist Leader” disertai gambar orang ISlam bersolat terawih Sabtu lepas.

Iskandar berkata PAS membuat laporan polis sebagai mesej yang jelas kepada semua media.

“Kita berada dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, kita kena betul-betul jaga keharmonian agama kita. Saya betul-betul berharap supaya ia menjadi pengajaran kepada semua media dan perlu ada tindakan yang tegas terhadap The Star,” katanya.

PAS berkata surat tunjuk sebab tidak memadai kerana isunya bukan hanya mengenai kesalahan dan penghinaan sahaja.

“Ini isu keharmonian dalam masyarakat kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pandan Mohamed Sukri Omar berkata pihaknya berasa hairan mengapa pengarang dan penerbit akhbar berkenaan boleh memaparkan artikel yang mengelirukan.

“Setiap hal yang berlaku mestilah disebabkan ada alasan yang tertentu. Oleh itu kami menggesa agar pihak berkuasa untuk menyiasat sedalam-dalamnya hal ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana