PERMOHONAN PARTI EZAM DAN KHAIRUDDIN MERAGUKAN, ALAMAT HQ RUPANYA KEDAI JUBIN
Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedang menyiasat permohonan Parti Generasi Baru untuk menukar nama kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) berikutan terdapat beberapa dokumen permohonan itu yang menimbulkan keraguan.
Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata antaranya termasuk alamat ibu pejabat parti itu yang didakwa lokasi berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menukar nama dan pemilihan kepimpinan parti adalah milik sebuah kedai jubin.
Selain itu katanya, maklumat dua daripada 12 Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dinyatakan dalam EGM berkenaan tidak benar berdasarkan nombor kad pengenalan mereka.
“Dari segi keahlian AJK, kita dapati terdapat keraguan dan kemudian kita menghantar surat berdaftar kepada ibu pejabat parti berdasarkan alamatnya tetapi surat itu tidak sampai dan dipulangkan semula.
“Justeru, kita minta pasukan penguat kuasa ROS memeriksa premis berkenaan di Jalan Ipoh dan mendapati, premis berkenaan bukanlah ibu pejabat parti itu. Jika pejabat tidak ada, di mana mereka melakukan EGM itu?,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini, difahamkan, Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S Gobi Krishnan menghantar permohonan untuk menukar nama parti itu kepada PBR, serta meminda logo, selain mengemukakan senarai kepimpinan baharu parti termasuk Datuk Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Presiden dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalannya.
Bagaimanapun, Presiden asal parti itu, Datuk G Kumar mendakwa, perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat, selain tidak mendapat persetujuan lebih 300 ahli.
Mohammad Razin berkata, berdasarkan dokumen yang dihantar, EGM berkenaan diadakan pada 30 Mac lalu jam 9 malam, dan permohonan menukar nama serta logo parti dibuat pada pagi keesokan harinya.
Mohammad Razin berkata, pihaknya akan memanggil saksi berkaitan termasuk AJK yang menghadiri EGM itu untuk memberi keterangan dan jika didapati, parti itu memberi maklumat palsu, mereka akan berdepan tindakan termasuk pembatalan parti.
Katanya, selagi permohonan untuk menukar nama parti itu tidak diluluskan RoS, nama PBR dan logonya tidak boleh digunakan.

Comments