PERDANA MENTERI MALAYSIA DISENARAI ANTARA 10 MENTERI KEWANGAN TERBAIK ASIA

Portal berita kewangan antarabangsa, FinanceAsia menyenaraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tangga ke-10 daripada 12 menteri kewangan terbaik dalam kalangan 48 negara di Asia.Najib ditangga ke-10 menyaingi Taro Aso di Jepun di tangga ke-11 dan Apisak Tantivorawong dari Thailand di tangga ke-12.

Menurut FinanceAsia, kaji selidik berkenaan berdasarkan kemampuan dan kejayaan seseorang menteri kewangan berkenaan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, pengurusan bajet tahunan serta jumlah pelaburan asing yang dibawa masuk.

Penarafan oleh FinanceAsia dilihat pemulih imej Najib ekoran portal ini juga pernah menyenaraikan Perdana Menteri sebagai menteri kewangan yang gagal menarik pelabur antarabangsa selain kejatuhan mendadak nilai mata wang negara. "Pertumbuhan ekonomi jatuh kepada 4.2% tahun lepas, berbanding 5% pada 2015.

Walau bagaimanapun, kali ini FinanceAsia telah menilai semula dan mendapati Perdana Menteri Malaysia telah berjaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pelan pengurusan bajet negara yang efesien dan mantap serta penarikan pelabur asing ke Malaysia antaranya negara China, Arab Saudi, Perancis, India dan banyak lagi.

Pihak kerajaan Malaysia juga nampaknya sudah melakukan apa yang termampu dalam menangani ketidaktentuan ekonomi dunia. Keputusan yang dibuat pada 2016 - termasuk pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan pada April 2015 dan pemansuhan subsidi minyak penghujung tahun 2014 - telah melindungi negara secara efektif daripada ketidaktentuan global.

Perdana Menteri Najib juga mengotakan janjinya untuk mengurangkan perbelanjaan. Bajet defisit kini pada kadar 3% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berkurang daripada 6% pada 2009.Kejayaan Najib untuk meletakkan dirinya dalam kelompok antara 10 Menteri Kewangan terbaik Asia membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berkemampuan dan berdaya saing di rantau Asia. Sesungguhnya usaha beliau untuk memantapkan ekonomi negara dan menaikkan imej negara kini membuahkan hasil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana