Perlukah kerajaan pertahankan Proton lagi .....?

Proton ditubuhkan hampir sebaya dengan Perwaja Steel yang kini hanya tinggal sejarah sahaja di Malaysia. Sama seperti Perwaja Steel, Proton adalah salah satu syarikat yang sentiasa mendapat perlindungan kerajaan dan sentiasa mendapat suntikan modal daripada kerajaan sejak dari awal penubuhannya lagi.

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.

Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada :

Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Sepanjang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed, sekurang-kurangnya 10 kali Proton mendapat suntikan dana daripada kerajaan di mana setiap satunya menelan belanja sebanyak RM1 bilion. Beralih ke zaman pentadbiran Tun Abdullah, jumlah berkenaan dilaporkan meningkat kepada RM 2 bilion setahun. Begitu juga pada zaman pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib.

Permohonan terbaru yang diserahkan oleh Tun M kepada kerajaan, beliau mendakwa Proton memerlukan RM 1.5 bilion lagi untuk meneruskan operasi mereka. Pada Januari lalu, pihak Kerajaan telah meluluskan bantuan segera sebanyak RM 100 juta kepada Proton bagi melicinkan operasi mereka termasuk membayar vendor.

Proton telah diswastakan kepada DRB-Hicom, timbul satu persoalan, masih perlukah kerajaan menyuntik dana lagi kepada Proton?

RM14 bilion yang dilaburkan kerajaan terhadap Proton sebelum ini masih belum menampakkan Proton yang sudah berusia 31 tahun ini mampu berdiri dengan sendiri.

Proton telah membelanjakan RM18 bilion ringgit untuk R&D sepanjang 30 tahun lalu. Wang siapa selama 30 tahun ini? Sudah tentu wang kerajaan. Ini belum termasuk lagi suntikan dana lain bila Proton mengalami kerugian.

Malangnya, selepas RM18 bilion, Proton mengalami pengucupan jualan dan pasaran di dalam negara sendiri. Malah lebih mengecewakan sebahagian besar teknologi masih bergantung kepada Mitsubishi.

Ini belum dikira dengan pembinaan prasarana untuk Proton yang dianggarkan oleh Asia Times berjumlah sekitar USD2 bilion (RM7.5 bilion) sehingga 2003.

Pada tahun 2003 sahaja Proton membayar royalti penggunaan reka bentuk Mitsubishi sebanyak RM1.2 billion walaupun syarikat terbabit mempunyai saham 15% dalam Proton. Dianggarkan sepanjang hubungan Proton-Mitsubishi sehingga 2003 sahaja, Proton telah membayar RM17 bilion kos royalti kepada Mitsubishi.

Pada tahun 2005 juga Khazanah telah membeli 7.93% saham Mitsubishi pada harga RM384 juta.

Tanpa mengambil kira dasar perlindungan kereta nasional yang menaikkan harga kereta, ambil kiraan mudah sebegini sahaja:

a) Pembinaan dua buah kilang awal berharga RM6 bilion ringgit.
b) R&D sepanjang 30 tahun RM18 bilion ringgit
c) Bail out Petronas RM1 bilion
d) Bayar royalti Mitsubishi RM17 bilion (sehingga 2003 sahaja, jumlah mungkin sudah meningkat berkali ganda)
e) Kerugian pembelian MV Agusta dan Lotus, anggaran kasar sekitar RM1 bilion. Mungkin lebih.
f) Campur tangan khazanah Nasional melalui perubahan saham sahaja dianggar sekitar RM1 bilion

Setelah 30 tahun dan hampir RM44 bilion dibelanjakan kita masih tiada industri automatif yang sebenar dan Tun Mahathir mahu memberitahu kita 1MDB yang baru beberapa tahun ini dan belum lingkup sebagai tidak betul?

Perlukah DS Najib dan kerajaan terus menyuntik berbillion2 ringgit demi untuk mempertahankan Proton yang tidak memberi pulangan keuntungan? Bukankah lebih baik dana suntikan yang berjumlah berbillion tersebut digunakan untuk membantu rakyat miskin yang lebih memerlukan.

Jualan Proton yang rendah akibat rakyat Malaysia lebih berminat membeli kereta jenama lain seperti Produa dan lain2 kereta jenama luar negara menyebabkan kerugian kepada tuan baru Proton iaitu DRB-HICOM. Jualan tahun 2016 sehingga September berjumlah 57,731 unit.

Proton dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ketiga 2016 sehingga mempengaruhi rugi bersih yang dialami oleh DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) berjumlah RM821.3 juta.

Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan rugi bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah.

Dari segi dunia perniagaan, daripada terus menanggung kerugian ratusan juta ringgi setiap tahun, adalah lebih baik dijual kepada orang lain sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana