ISU JIRAT CINA DI KAWASAN MAJORITI ISLAM, MANA AZMIN? TANYA PENDUDUK

Lima kawasan penempatan di sekeliling projek kubur bukan Islam yang dipersoalkan pembinaannya di Jeram, dekat sini, meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak berdiam diri dalam isu tersebut.
Presiden Gerakan Masyarakat Prihatin, Hassan Kuthoos Syed Ahmed Kabeer berkata, kawasan yang terlibat adalah Kampung Felda Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Bukit Hijau.
“Kegagalan Mohamed Azmin turun padang atau sekurang-kurangnya menghantar wakil untuk berunding dengan penduduk setempat atau wakil kami iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Felda Bukit Cherakah, Milan Ismail,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Isu tersebut hangat diperkatakan memandangkan pembinaannya dibuat di dalam kawasan majoriti Melayu malah penduduk sudah beberapa kali menjalankan demonstrasi di tapak lokasi dan juga di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Difahamkan, kegagalan sebarang tindakan daripada kerajaan negeri telah memaksa penduduk memanjangkan perkara ini kepada pihak istana agar mendapat perhatian Sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana