Tidak mustahil ada pihak bocor kaedah operasi Esscom

Wujud kemungkinan ada pihak yang bertindak mendedahkan maklumat mengenai kaedah operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), kata 

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Timbalan Perdana Menteri turut berpendapat, pihak tidak bertanggungjawab itu juga mungkin mengetahui bahawa Esscom dan agensi penguat kuasa di bawahnya masih belum memperoleh aset-aset tertentu sepenuhnya.


"Saya tidak menuduh tetapi saya amat khuatir dan tidak mustahil mungkin ada maklumat yang diperolehi oleh pihak musuh tentang kaedah operasi yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan Esscom.


"Mereka juga mengetahui terdapat kekuatan dan kelemahan penguatkuasaan. Kita melihat pihak musuh sentiasa mencari ruang waktu dan kelemahan operasi," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Rabu.


Beliau diminta mengulas mengenai insiden rompakan dan penculikan dipercayai dilakukan kumpulan Abu Sayyaf terhadap seorang rakyat Malaysia yang merupakan juragan sebuah bot nelayan di perairan Semporna berhampiran Pulau Gaya malam semalam.


Ahmad Zahid berkata, beliau dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedang bekerjasama berusaha menyelesaikan masalah tersebut melalui beberapa langkah yang diyakini dapat mengukuhkan keselamatan dan pertahanan negara.


"Benar (perkara ini) tanggungjawab agensi keselamatan negara tetapi dalam soal ini semua pihak harus berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam menentukan soal keselamatan. Orang ramai perlu ada kesedaran untuk membantu.


"Jangan ambil mudah, urusan sekarang bukan lagi seperti biasa terutama dalam soal keselamatan dan pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengambil peluang atas kealpaan kita sendiri," katanya.


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan, militan Abu Sayyaf merupakan kumpulan penculik berasaskan tebusan dan mereka bergerak cergas bagi mengumpul dana yang dikhuatiri untuk disalurkan kepada kumpulan pengganas `Khatibah Nusantara'.


"Khatibah Nusantara adalah kumpulan pengganas yang bertindak menyatukan pelbagai kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara ini," katanya.


Beliau menambah, pihaknya menyedari kekangan ekonomi pada masa ini belum mengizinkan pertahanan negara memiliki semua aset dan peralatan yang sepatutnya dimiliki.


Walau bagaimanapun tidak mustahil jelasnya, melalui tindakan, komitmen polis dan tentera serta agensi keselamatan, ber­upaya mempertahankan kese­lamatan negara tanpa aset yang menyeluruh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana