Tengku Adnan bingung dengan Dr Mahathir…

Kebanyakan pimpinan UMNO sekarang termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sejarah panjang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang 22 tahun jadi Perdana Menteri.Begitu juga Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO/BN.

Beliau juga tentu cukup masak dengan selok belok Dr Mahathir kerana pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja UMNO – jawatan yang memerlukan beliau sering jumpa bekas bosnya itu – untuk mengurus pentabiran parti.

Kisah perubahan pendirian bekas Perdana Menteri itu memang sudah jadi buah mulut di kalangan pimpinan UMNO sekarang termasuk dari tidak boleh pandang langsung otai DAP Lim Kit Siang tetapi kini boleh duduk semeja kerana nak halakan senapang pada Perdana Menteri.

“Dr Mahathir kini dalam dunianya yang tersendiri.Saya sudah tidak faham beliau,”kata Tengku Adnan Ahad ketika ditanya mengenai kenyataan terbarunya memohon maaf kerana dulu pinda undang-undang hadkan kuasa Raja-Raja.

Menerusi pindaan itu sesuatu undang-undang yang diluluskan baik di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen akan berkuatkuasa sekalipun Raja-Raja tidak beri perkenaan dalam tempoh tertentu.

Contoh terbaru ialah Akta Majlis Keselamatan Negara.

Ia memberi kuasa kepada jawatankuasa diketuai Perdana Menteri isytihar darurat tanpa perlu perkenaan dari Yang Dipertuan Agong.

Namun Perdana Menteri sudah menjelaskan berkali-kali kuasa itu bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi keselamatan negara.

Menurut Tengku Adnan sewaktu Dr Mahathir Perdana Menteri dulu beliau mahu semua sokongnya.

Namun kini bila keadaan tidak menyebelahinya beliau mengaku buat silap.

Keadaan sama berlaku pada keputusan beri jaminan kebebasan internet di negara ini.

“Waktu itu dia yang setuju beri kebebasan internet.Bila dia dapati internet cetuskan banyak masalah ,dia kata dia silap.Saya tidak faham…biarlah dia dalam dunianya ,”katanya.

Tengku Adnan juga persoal motif Dr Mahathir kritik konsep ‘Bangsa Johor’ mendakwa ia boleh jejaskan perpaduan rakyat negara ini.

Baginya kenyataan itu tidak wajar dalam suasana bulan kemerdekaan sekarang.

“Dia akan buat apa saja yang boleh untuk jatuhkan kerajaan,”katanya.

Kritikan Dr Mahathir terhadap konsep itu telah membuatkan Sultan Johor murka.

Baginda bertitah bekas Perdana Menteri itu sendiri bawa banyak masalah kepada negara termasuk sikapnya gemar berkonfrantasi dengan pimpinan negara lain contohnya Singapura.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana