Wan Azizah mungkin lupa manifesto, tiada perubahan di Kajang - MCA
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin sudah lupa manifesto yang dicanangnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, dua tahun lalu.
Demikian kata-kata sinis, Pengerusi MCA Bahagian Hulu Langat, Datuk Lee Ban Seng apabila ditanya perkembangan terkini janji yang ditabur PKR untuk membangunkan DUN Kajang.
"Saya rasa mungkin dia sudah lupa manifesto selain daripada jalan raya untuk dibaik pulih. Ada juga masalah dimana kawasan letak kereta tiada. Tiada cara untuk selesaikan sekarang. Bila tempat letak kereta tidak cukup di kawasan komersial jadi.
"Contohnya saya nak pergi beli barang, kena pusing tiga kali pun belum tentu ada parking. Semua orang buat begitu jadi lalu lintas akan bertambah berkali ganda jadi adakah kerajaan negeri Selangor perlu buat cadangan yang lebih baik, Saya tahu ada tempat tertentu yang mungkin boleh buat parking bertingkat," katanya ketika ditemubual secara eksklusif oleh Antarapos.
Malah ujar Lee, Kajang yang suatu ketika dahulu terkenal dengan 'Satey Kajang' kini sering dipersenda sebagai kawasan yang selalu banjir.
Ujar Lee, PKR sudahpun menawan DUN Kajang sejak tahun 2008, namun hingga kini masalah banjir masih belum ditangani dengan cara paling berkesan.
"Sudah banyak tahun kita tunggu, tapi tiada jalan penyelesaiannya sampai sekarang. Rakyat disini memang sudah lupa.
"Banjir ini kalau orang bilang Kajang tu nampak Sate Kajang, tapi sekarang kalau hujan mesti banjir (berlaku). Banjir di Kajang sudah banyak kali berlaku sejak 2008 hingga sekarang banyak berlaku banjir besar. Ada sampai 10 kali pun ada.
"Baru-baru ini beberapa hari hujan, sudah tiga kali banjir. Bukan sahaja di kawasan bandar Kajang tapi di kawasan kampung seperti Sungai Kantan, Kampung Jambu, Kampung Batu 10 selalu banjir," ujarnya pemuh kesal.
Pada Lee, Wan Azizah tidak sepatutnya menawarkan diri menjadi ADUN Kajang sementelah beliau sendiri sibuk berpolitik dan memikul bebanan yang besar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Saya rasa nampak dia tidak berhasrat untuk jadi ADUN sebenarnya. Yang berhasrat itu Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR), kerana beliau tidak dapat dicalonkan jadi isterinya pulak dicalonkan saya rasa Wan Azizah sebagai YB nak berkhidmat untuk rakyat ini susah sikit nampaknya.
"Dia ada juga turun padang, tapi kalau sekadar tunjuk muka, masalah tidak diselesaikan atau tiada perancangan untuk selesaikan masalah seperti sampah, jalan rosak, banjir ini saya rasa rakyat atau pengundi memang tahu apa yang perlu dibuat, selalunya selepas banjir YB turun dan tengok2 kawasan. Tiada perancangan untuk selesaikan masalah banjir. Itu kerja kosong juga," dakwa Lee.
Pada 2014, PKR melancarkan empat teras utama yang akan menjadi perhatian PKR dalam manifesto parti itu untuk kekal dalam DUN Kajang.
Antaranya ialah memastikan Kajang tidak lagi berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk menerusi Pelan Trafik Bandar Kajang 2018, memastikan kadar jenayah dan kawalan keselamatan di kawasan ini dapat dipertingkatkan, membangunkan anak muda dan usahawan kecil dengan mewujudkan Pusat Khidmat Kerja, meningkatkan pembangunan dan penyelenggaran bandar iaitu dengan meningkatkan prestasi kutipan sampah.
Namun kesemua janji manifestonya itu tidak menampakkan hasil walaupun sudah dua tahun Presiden PKR itu menjadi ADUN Kajang.

Comments