Parti Baharu Tun M Tidak Beri Sebarang Kesan - Zamry

AYER TAWAR: Penubuhan sebuah parti baharu yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan memberi sebarang kesan kepada Barisan Nasional (BN) terutama semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Perak berkata sebaliknya, kewujudan parti baharu itu hanyaakan menaikkan lagi semangat serta perpaduan di kalangan anggota Umno dalam memastikan kekuatan parti itu lebih kukuh dan jitu.

"Dalam tradisi parti kita, apabila kita lagi dicabar kebiasaannya kita akan perkukuhkan perpaduan di kalangan kita.

"Dari segi kesan kepada BN atau kedudukan politik tanah air hanya satusahaja, ia akan menambah sebuah parti baharu di tanah air kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Adun Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim di Arena Square pada Sabtu.

Zambry berkata demikian bagi mengulas pengumuman Dr Mahathir pada 14 Julai lepas bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.  -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana