PARTI ANAK BERANAK!!!! "CHOW KON YAU AKAN GANTI SAYA JADI KETUA MENTERI" - GUAN ENG

PENGERUSI DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjadi pilihan semula jadi Lim Guan Eng untuk menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri jika apa-apa berlaku ke atasnya.

Guan Eng bagaimanapun berkata, semuanya terserah kepada parti untuk membuat keputusan sama ada Kon Yeow adalah orang yang akan menggantikan beliau.

"Jadi jika apa-apa berlaku kepada saya, saya fikir keputusan muktamad akan diputuskan oleh parti tetapi Kon Yeow pasti menjadi pilihan semula jadi saya," kata Guan Eng.

Kon Yeow selaku Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lingtas dan Tebatan banjir negeri telah disebut-sebut untuk menggantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri jika Guan Eng didapati bersalah atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, Kon Yeow yang turut hadir pada majlis itu berkata beliau sentiasa percaya bahawa keputusan itu terserah kepada parti dan pada masa ini, ia masih terlalu awal untuk memutuskan apa-apa mengenainya.

"Kita perlu memberi respon kerana ia mendapat perhatian media, jadi saya rasa ini adalah respon yang kita boleh berikan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana