Kehebatan Datuk Seri Najib Memacu Malaysia Yang Didakwa Semakin Muflis

Cukup banyak spekulasi dan cerita-cerita fitnah yang disebarkan oleh para pembenci kerajaan kepada rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Semuanya hanya dengan satu tujuan, untuk memastikan kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tumbang dan sekaligus tampuk pemerintahan dapat diambil alih oleh para pengkhianat ini.

Paling melucukan, terdapat dakwaan yang kononnya, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia terpaksa ditutup semalam akibat kegagalan 1MDB melunaskan bayaran dan cas tertunggak yang dikenakan oleh IPIC terhadap syarikat pelaburan berkenaan. Apa yang pasti, sehingga hari ini, Kementerian Kewangan dan Bank Negara masih meneruskan operasi mereka seperti biasa.

Labih mengharukan apabila terdapat segelintir pihak mendakwa, Malaysia kini sedang munuju kearah kemuflisan yang kononnya kerajaan boros dalam berbelanja. Malah, mereka turut mengaitkan kononnya Datuk Seri Mohd Najib dan isteri, begitu galak berbelanja wang negara hanya untuk kepuasan peribadi. Benarkah dakwaan demikian?

Mungkin fakta dibawah menggambarkan betapa “borosnya” Datuk Seri Mohd Najib dan barisan kabinetnya berbelanja sakan wang negara. Mungkin inilah sebabnya kenapa puak-puak ini mendakwa negara kian menghampiri kemuflisan sehingga memaksa Bank Negara dan Kementerian Kewangan hampir menutup operasi mereka akibat “keborosan” ini.

1. Projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepatutnya disiapkan di Zaman Tun Dr Mahathir. Kesemua kerja pembinaan ini diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu pada waktu berkenaan. Usaha ini walaubagaimanapun cuba disambung oleh Tun Abdullah namun sekali lagi terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol di pasaran dunia.

Hari ini, projek LPT2 ini boleh dikatakan berjaya disambung semula oleh kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib dan kini sudah disiapkan sepenuhnya, walaupun ada dakwaan mengatakan Malaysia hari ini menuju kearah muflis.

2. Satu lagi projek lebuh raya yang dibina di Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak, kini sedang giat dilaksanakan. Projek ini sebenarnya langsung tidak pernah diberi perhatian oleh kerajaan sebelumnya walaupun pada ketika itu, terdapat desakan daripada penduduk pesisir Pantai Barat Semenanjung yang mahu sebuah lagi Lebuh Raya dibina di kawasan ini.

Sekali lagi, Datuk Seri Mohd Najib membuktikan, Malaysia bukan muflis seperti didakwa. Dijangkakan, menjelang 2019 atau selewat-lewatnya 2020, laluan 4 lorong lebuh raya ini dapat dilalui. Ini memberi pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk menuju ke Utara tanahair.

3. Siapa dapa menidakkan projek “buah hati” Datuk Seri Mohd Najib di Borneo. Impian kira-kira lebih 5 juta penduduk Borneo untuk memiliki jaringan jalan raya yang moden dan canggih kini sedang giat dijalankan.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang mencakupi lebih 1,700 kilometer sedang giat dibina dimana ianya dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022. Lebih menarik lagi, inilah lebuh raya pertama yang dibina tanpa mengenakan bayaran tol di Malaysia.

4. Terminal Bas Bersepadu Selatan siap dibina bagi mengantikan Terminal Bas Puduraya yang telah cukup uzur. TBS ini dibina dengan cukup moden dan penuh sistematik dimana ianya bakal menjadi pusat pengangkutan utama dari semua arah di Semenanjung Malaysia.

Lebih menarik lagi, projek ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan pembinaannya sejak zaman Tun M kerana bencana ekonomi pada tahun 1998. Hari ini, Plaza Rakyat yang menjadi sarang penagih dadah, tikus dan mencacatkan pandangan di ibu kota, dalam proses dipulihkan oleh kerajaan yang di terajui oleh Datuk Seri Mohd Najib.

5. Disaat negara dikatakan muflis sejak beberapa tahun lalu oleh Tun M, projek Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) berjaya disiapkan dan kini menjadi pintu masuk kedua negara.

6. Bagaimana pula dengan projek Transit Aliran Ringan kedua (LRT 2)? Projek ini berjaya disiap sepenuhnya dan kini sudah memulakan operasinya walaupun ramai yang menganggap, kerajaan pasti gagal menyiapkannya kerana kekurangan wang.

7. Masih berbangga dengan KLCC yang kini menjadi pusat perniagaan utama kaum Cina di Kuala Lumpur? Hari ini Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 atau lebih senang dikenali sebagai Menara PNB sedang giat berjalan.

8. Masih mengatakan 1MDB sebagai bala buat Malaysia? Tanpa memperdulikan katata-orang, 1MDB kini sedang rancak membangunkan Projek Bandar Moden Malaysia di Sungai Besi dan membangunkan tapak tanah di Tun Razak Exchange (TRX) termasuk membangunkan sistem keretapi laju yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura hanya dalam masa 90 minit.

9. Dalam kelembapan ekonomi dunia hari ini, kerajaan menerusi Datuk Seri Mohd Najib meluluskan pembinaan Lebuh Raya dari Terengganu ke Kelantan yang selama ini berbangga dengan batu asasnya sahaja.

10. Tidak cukup dengan itu, kelulusan projek keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Pahang, Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion juga telah diberikan. Projek ini dijangka bakal dimulakan pada tahun hadapan.

Sumber Kat Sini

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MPM : Apa Masalah MCA Sepakat dengan DAP?