Duduk Lama Lama Dalam SPRM Tiada Guna Jugak......Datuk Seri Mustafar Ali dipindah dari SPRM?

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali akan dipindahkan untuk menerajui sebuah jabatan kerajaan lain dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh satu sumber kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mengesahkan jabatan mahupun agensi baharu yang akan diterajui Datuk Seri Mustafar.

Katanya, jabatan atau kementerian mana Datuk Seri Mustafar ditempatkan dijangka diketahui petang ini.

Namun, difahamkan Datuk Seri Mustafar sudah memaklumkan kepada SPRM bahawa beliau akan dipindahkan.

Sementara Itu, Datuk Seri Mustafar ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan beliau akan bertemu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada 3 petang ini.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan berkenaan.

Sementara itu, pada pukul 3 petang ini juga akan berlangsungnya Majlis Paluan Berundur Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
Dijangka pada majlis itu juga satu pengumuman penting SPRM akan dimaklumkan kepada media.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana