Pemandu Grabcar Diserang Pemandu Teksi...Apa Nak Jadi Lah

PETALING JAYA: Seorang pemandu Grabcar berusia 35 tahun mendakwa diserang dan kenderaannya dirosakkan oleh sekumpulan pemandu teksi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa baharu sahaja tiba di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur untuk mengambil dua pelanggan dari India.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, sebelum kejadian berlaku pelanggan berkenaan baharu sahaja memasuki kereta mangsa apabila seorang pemandu teksi mendekati mereka.

"Suspek mula menjerit kepada mangsa kerana mencuri pelanggannya di kawasan tersebut dan memaksa warga asing itu untuk keluar dari kereta. Kerana takut, warga asing berkenaan menuruti arahan suspek.

"Mangsa mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa hanya dia berada di situ ketika diminta oleh pelanggan. Suspek kemudian cuba merampas telefon mangsa tetapi gagal.

"Pemandu teksi itu kemudian menendang tangan kanan mangsa kerana marah," kata ACP Sharul.

Tambah ACP Sharul, suspek mula merosakkan kereta mangsa dengan menendangnya.

ACP Sharul berkata beberapa pemandu teksi lain yang berada di lokasi berhampiran turut menyertai insiden itu hingga berlakunya kekecohan.

"Mereka mula menendang kereta mangsa berulang kali.

"Kedua-dua belah pintu penumpang, cermin sebelah kanan, lampu isyarat sebelah kanan dan bumper rosak dalam kejadian itu," katanya.

ACP Sharul berkata polis telah mengambil keterangan pemandu Grabcar berkenaan.

"Menurut mangsa, walaupun dia tidak pasti berapa ramai suspek berada di sana, dia boleh mengenal pasti siapa penyerang beliau.

"Pada masa ini, kami sedang menunggu pusat membeli-belah terbabit menyerahkan rakaman CCTV," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana