PAN tidak akan pulangkan kerusi Parlimennya kepada PAS

PAS boleh bermimpi macam-macam... tapi mengharapkan bekas wakil rakyatnya yang meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Nasional (PAN) untuk menyerahkan kembali kerusi mereka adalah mimpi di siang hari.

PAN yang 'membawa lari' lapan kerusi Parlimen PAS sudah membuat ketetapan untuk bertanding kembali di kawasan-kawasan tersebut atas tiket PAN.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, tidak ada sebarang kerusi yang akan diserahkan kepada PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Ini bermakna bekas wakil rakyat PAS itu akan bertanding atas tiket PAN.

"Kami yang sekarang bersama PAN adalah bekas ahli PAS yang ingin kekal istiqamah dengan janji untuk bersama PKR dan DAP membentuk kerjasama antara tiga parti demi menjatuhkan BN dan membentuk kerajaan yang bersifat adil dan berkebajikan," katanya.

Menurut Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam, mana-mana parti politik pembangkang tidak menang jika bertanding sendirian.

Katanya, pengajaran utama yang tidak dapat dinafikan dari pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ujar beliau, kerusi yang dimenangi mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat pada pilihan raya 2013 telah dimenangi atas sebab sokongan rakyat terhadap PR.

"Ianya tidak dimenangi atas sokongan terhadap parti tersebut semata-mata dan oleh itu, setelah dimenangi, semua pihak seharusnya bertindak berdasarkan semangat PR dan bukan atas semangat parti masing-masing.

"Ini merupakan satu perkara yang jelas dan nyata tetapi ada juga yang sengaja cuba buat tidak faham atau seolah tidak penting," katanya.

Dalam erti kata lain, kata Khalid PAS menang atas sebab sokongan terhadap PR sebagaimana juga DAP dan PKR.

Oleh itu tiada ‘kerusi PAS’ atau ‘kerusi PKR’ atau ‘kerusi DAP’ tetapi sebaliknya semua adalah kerusi PR, tambah beliau.

Kebenaran kenyataan ini adalah disokong dengan fakta bahawa walaupun semua bertanding dengan logo parti masing-masing tetapi manifesto PR digunapakai oleh setiap calon sama ada dari PAS, PKR mahu pun DAP.

Hanya yang berkepentingan dan mempunyai agenda tersembunyi sahaja yang akan cuba menafikan kebenaran kenyataan ini, kata beliau lagi.

Menurut Khalid, jika berdasarkan kekuatan PAS semata-mata, sudah hampir pasti tiada pihak yang akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam, kecuali BN.

"Keputusan di Sungai Besar jelas sebagai bukti terhadap kebenaran dakwaan ini. Pada pilihan raya kecil ini, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah hanya 6,902 undi, kurang dari apa yang diperolehi PAS pada 2004 iaitu sebanyak 7,988 undi.

"Ini bererti prestasi baik PAS di Sungai Besar pada 2013 apabila PAS kalah dengan hanya 399 undi berbanding BN adalah di atas dasar PAS telah bersama PR," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana