Isu nelayan Selangor: Jeti dibina Pusat, kerajaan negeri nak kutip cukai
Senang banyak jadi kerajaan Selangor yang kerjanya hendak kutip duit rakyat sahaja... sampaikan jeti yang kerajaan pusat bina untuk pendaratan ikan para nelayan pun mereka hendak kutip cukai.
Ini menyebabkan lebih 5,000 nelayan di persisiran pantai Selangor membantah tindakan kerajaan negeri yang bercadang untuk mengenakan caj sebanyak RM600 setahun ke atas setiap jeti pendaratan dan tambatan yang akan ditanggung oleh nelayan di bawah persatuan nelayan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor, Mohd Jaman Haris berkata, cadangan caj tersebut tidak sepatutnya dikenakan kerana ia adalah bebanan kepada golongan nelayan.
"Kami bantah cadangan tersebut kerana caj yang akan dikenakan itu amat membebankan dan tidak patut dikenakan ke atas kami yang merupakan golongan miskin.
"Lagi pun kami tak tahu caj itu dikenakan untuk apa sebab semua yang terdapat di jeti-jeti nelayan di Selangor adalah dibina oleh kerajaan persekutuan yang tidak ada kaitan untuk dicaj oleh kerajaan negeri," katanya.
Tegasnya, kalau tol di lebuh raya dikenakan kepada pengguna adalah untuk penyelenggaraan jalan, tetapi caj jeti yang akan dibayar oleh nelayan tidak dinyatakan tujuannya.
"Kami tak tahu untuk apa caj itu dikenakan dan kalau kami berpuas hati dengan alasan yang diberikan, mungkin kami akan pertimbangkan.
"Tetapi sebaiknya, kami mohon agar cadangan tersebut dibatalkan kerana ia akan memberi bebanan kepada nelayan," ujarnya.
Tambahnya, memorandum bantahan telah dihantar ke pejabat Menteri Besar Selangor pada 25 Mei lepas tetapi sehingga hari ini, tiada jawapan yang diterima.
"Tidak hairanlah jika kerajaan negeri Selangor kenakan caj sebanyak R600 setahun ke atas semua nelayan yang menggunakan jeti pendaratan dan tambatan di negeri ini kerana itu adalah cara kerajaan negeri mencari duit dengan membebankan rakyat sendiri,".
Sebelum itu, beliau bersama kira-kira 100 nelayan Sungai Besar mengadakan demonstrasi aman membantah cadangan tersebut.
Mohd Jaman berkata pihaknya telah menghantar memorandum yang ditandatangani melibatkan perwakilan daripada 72 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 27 Mei lepas.
Sementara itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek berhubung cadangan kerajaan negeri Selangor yang akan mengenakan caj tidak bersebab kepada semua nelayan yang menggunakan jeti pendaratan dan tambatan di negeri itu.
"Saya tak nampak di mana kewajaran kerajaan negeri hendak ambil duit rakyat dengan cara itu lebih-lebih lagi tidak dinyatakan sebabnya.
"Paling dikesalkan, caj itu akan dikenakan ke atas golongan nelayan yang kita semua tahu mereka adalah golongan berpendapatan rendah," katanya pada sidang media yang diadakan persatuan nelayan sebagai membantah caj tersebut di Kampung Nelayan Batu 23, Sungai Nibong, Sungai Besar pagi tadi.
Jelasnya, perkara tersebut akan diteliti terlebih dahulu kerana ia masih lagi di peringkat cadangan kerajaan negeri.
"Katakanlah negeri ini ada 1,000 jeti, berapa kutipan setahun yang akan dikutip oleh kerajaan negeri tanpa diketahui untuk kegunaan apa?" soalnya.

Comments