INILAH ZAMAN MADEY KETIKA DAHULU.....ZAMAN MAHATHIR LEBIH DASYAT PECAT SEPARUH AHLI UMNO

Dalam ramai warga politik dan warga media serta pelayar internet sebuk menceritakan hal TS Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dipecat , ramai dari kalangan mereka lupa dizaman pemerintahan Tun Mahathir, separuh dari ahli UMNO di pecat cara sistematik.

Boleh lah di kira majoriti mereka menjadi “collateral damage”atau pun mangsa tanpa sengaja kerana Tun Mahathir mensasarkan penyokong Tengku Razaligeh Hamzah harus di halang menjadi ahli UMNO Baru.

Kronoloji bermula apabila Tun Mahathir menyedari bahawa diri nya sudah tidak di sukai lagi kerana beliau hanya menang amat tipis dengan orang bawahan nya sendiri. Menang 43 undi.

Setelah memegang kuasa selama hampir 7 tahun pun Mahathir hampir tergolek dengan oranmg bawahan nya Ku Li, dan ini melambangkan betapa ahli UMNO sudah tidak menyukai nya lagi.

Dengan muka tebal Tun Mahathir menyatakan “menang satu undi pun tetap menang”.Maka atas sebab kemenangan tipis maka Tun Mahathir berfikir nyawa politik nya tidak akan kekal jika mereka mereka ini masih berada di dalam UMNO.

Lalu apabila kumpulan 11 membuat kes mahkamah , maka UMNO di istiharkan tidak sah. Lalu dibatalkan parti UMNO.Apa yang pelik nya Tun Mahathir dan Tun Daim , lansung tidak cuba “Challenge” keputusan Mahkamah itu seolah olah mengizinkan UMNO dibatalkan.

Lalu dengan segera menubuhkan UMNO Baru , dan menghalang mereka yang dilihat sebagai Pro Ku Li tidak dapat menjadi ahli UMNO Baru.Maka itu lah sebab nya lahir parti “Semangat 46” di pimpin oleh Ku Li.Persoalan, jika sudah tahu diri tidak popular, adakah Tun Mahathir letak jawatan? Jawapan nya “Tidak”

Tapi Tun Mahathir lah yang sibuk suruh orang lain letak jawatan waima isu ciptaan Tun sendiri dan bukan isu betul.Maka pada 2 PRK yang lalu Mahathir lah yang sibuk istihar PRK itu sebagai Referendum Rakyat, jika BN kalah Najib bertanggung jawap dan Najib mesti letak jawatan.

Tapi rakyat selesa dengan kepimpinan Najib lalu pihak di ketuai Tun yang tewas teruk, ada kah Tun akan senyap? Mimpi terjun lombong lah jika Tun akan undur.Maka kepada rakyat usah lah hendak kecoh sangat pada penyingkiran pengkhianat dalam UMNO yang sudah sah berjuang untuk Tun M serta pembangkang dan bukan berjuang untuk UMNO.

Tidak perlu bising kerana 2 orang kena pecat oleh MT UMNO sebulat suara., kerana di zaman Tun separuh ahli UMNO dipecat kerana tertubuh nya parti UMNO baru.TV14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana