Gantung UMNO Pagoh... ganti pentadbiran baru

Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak akan teragak-agak menggantung UMNO Bahagian Pagoh dan digantikan dengan pentadbiran baharu sekiranya bahagian itu gagal berfungsi.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan UMNO Bahagian itu menolak keputusan pemecatan ketua mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak selari dengan peraturan parti yang menuntut setiap ahli patuh kepada keputusan pucuk pimpinan.

“MT akan melihat perkembangan seterusnya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang selari dengan peraturan parti. Jadi terpulang kepada UMNO Bahagian Pagoh membuat pertimbangan.

“Yang pastinya, jangan cuba mengugut MT dan jangan cuba membuat peraturan di luar peraturan.

“Kita jangka semua mesti mematuhi keputusan parti se­lagi mana mereka menjadi ahli,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan UMNO Bahagian Pagoh yang menolak keputusan sebulat suara MT dalam isu pemecatan Muhyiddin daripada parti.

Mengulas lanjut Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, tindakan UMNO Bahagian Pagoh yang menolak pemecatan Muhyiddin tidak akan memberi sebarang kesan kerana keputusan tersebut tetap muktamad.

“Sebagai ahli UMNO mereka perlu rujuk balik kepada perlembagaan parti. Antara peranan dan tugas ahli adalah mematuhi segala yang ada dalam Perlembangaan UMNO. Etika dan peraturan yang ada mesti dipatuhi,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, pemecatan tersebut adalah wajar dan sepatutnya tindakan itu sudah lama diambil kerana bekas Timbalan Perdan Menteri itu secara terang-terangan me­langgar peraturan dan mengkritik kepemimpinan parti.

“Saya juga berharap seluruh ahli UMNO semua peringkat dapat menerima keputusan ini dengan berlapang dada.

“Fahamilah bahawa isu ini sudah berlarutan hampir setahun tanpa diambil sebarang tindakan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana