Drama Tokong Di Mahkamah...Kononnya Nak Tunjuk Simpaty Rakyat

 Pagi ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang. Dua pertuduhan ke atasnya, satu di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan satu lagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). Seksyen 23 Akta SPRM bagi pertuduhan meluluskan tukar syarat tanah milik sebuah syarikat bernama Magnificent Emblem SB yang dimiliki oleh seorang bernama Phang Li Koon.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli sebuah banglo pada harga yang diketahuinya adalah lebih murah dari harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan bernama Phang Li Koon. Phang Li Koon, pemilik syarikat dan pemilik banglo tersebut juga dihadapkan ke Mahkamah. Buat masa ini belum jelas pertuduhan ke atasnya.

Sejumlah 10 peguambela yang diketuai Gobind Singh Deo akan berentap dengan 6 pendakwaraya yang diketuai TS Apandi dalam kes Guan Eng di Mahkamah Tinggi Georgetown. Antara barisan peguambela terdiri daripada Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer. Kes berkenaan telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk sebutan kes hari ini.

Di Mahkamah Tinggi hari ini, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azmi Ariffin. Yang Arif Azmi Ariffin telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin terhadap Lim Guan Eng dan RM200,000 serta seorang penjamin untuk Phang Li Khoon. Mahkamah juga menetapkan supaya Lim Guan Eng tidak perlu menyerahkan passport antarabangsa beliau tetapi beliau harus memberitahu mahkamah dan Pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari sekiranya beliau hendak ke luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana