Debat Isu terowong dasar laut kecoh, Exco DAP guna perkataan kurang sopan

Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut" di Kompleks Masyarakat Penyayang di Georgetown Selasa malam yang pada awalnya berlangsung tenang bertukar kecoh apabila wakil panel kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan perkataan kurang sopan.

Kekecohan berlaku apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng yang gagal mengawal kemarahannya telah mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'celaka' terhadap lawannya Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.

Namun Liang tetap tenang tetapi penyokong kedua-dua pihak telah menimbulkan suasana kecoh selepas penyokong pemimpin Gerakan itu memprotes perkataan yang digunakan Lim.

Debat yang membincangkan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) bernilai RM27 bilion itu dikendalikan oleh moderator Lee Khai bermula 9 malam dan berakhir pada kira-kira 10.30 malam dengan dihadiri lebih seribu penyokong kedua-dua pihak.

Bercakap kepada pemberita selepas debat itu, Liang menyatakan rasa kecewa dengan tindakan Lim yang merupakan seorang wakil rakyat yang sangat berpengalaman tetapi gagal berbahas dengan rasional dan waras.

Katanya, Lim tidak menjawab setiap soalan yang dibangkitkan mengenai projek pembinaan terowong dasar laut dan juga tiga lebuh raya utama.

"Saya berasa seronok berpeluang untuk berbahas malam ini supaya rakyat akan lebih faham tentang projek ini namun kecewa dengan kelakuan dan perbahasan Lim yang menggunakan perkataan kurang sopan seperti bodoh dan celaka," katanya.

Liang mengesyorkan Audit Negara diundang untuk membuat penauditan terhadap PIP sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyi oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Kerajaan negeri harus menjemput Audit Negara untuk membuat pengauditan terhadap projek ini sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata pelbagai soalan telah dikemukakan untuk mendapat penjelasan daripada Lim namun tidak ada satu soalan pun cuba dijawab sebaliknya Lim cuba mempersoalkan isu-isu yang tidak berkaitan.

"Apa yang cuba dibawa oleh Lim sudah lari daripada tajuk. Saya cuba mempersoalkan keperluan terowong dasar laut, mengapakah kerajaan berbelanja begitu banyak dalam kajian kebolehlaksanaan dan apakah sebab dalam kenyataan bercanggah antara kerajaan dan kontraktor projek namun tiada jawapan diterima," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana