Mahathir sengaja cetus provokasi kempen untuk pembangkang di dua PRK serentak - Johan Aziz
SHAH ALAM: Kelantangan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan terhadap pembangkang dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak akan datang disebabkan keengganan beliau menerima hakikat prestasi Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak semakin baik.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz sikap terbuka mantan perdana menteri itu bermusuhan dengan parti yang pernah dipimpinnya adalah tidak rasional.
"Dah banyak perkara yang beliau buat tak masuk akal, buat apa nak pertikai lagi.
"(Tun M) Sengaja cetuskan (keadaan) itu supaya tidak mahu melihat prestasi PM yang mana rakyat hari ini membuktikan (sokongan) di PRN Sarawak.
"Dengan cara itu beliau mahu memastikan penyokongnya juga mengikutnya, dan boleh melemahkan keputusan kedua-dua PRK ini, dengan niat yang tidak baik kerana agenda-agenda peribadi yang terbuku dan tersimpan yang tidak kesampaian," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Mahathir, ketika berucap di Himpunan Selamatkan Malaysia malam tadi secara terang-terangan berkempen mahukan pembangkang memenangi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan serentak pada 18 Jun depan.
Beliau menggesa pembangkang meletakkan cuma satu calon sahaja bagi berdepan dengan Umno-BN dalam pertandingan satu lawan satu.
"Saya harap kita semua akan mengalahkan BN dalam PRK kali ini. Jangan ambil kira siapa yang lawan BN, kita hendak satu parti sahaja yang lawan BN kerana kita tahu kalau kita letak dua tiga calon seperti yang berlaku di Sarawak, undi bepecah dan BN menang.
"Kalau kita hanya ada satu lawan satu kita boleh tentukan kekalahan BN dengan mengundi sebarapa banyak mungkin kepada calon yang melawan BN," demikian memetik ucapan Mahathir di himpunan yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, malam tadi.
Mahathir sebelum ini mengambil keputusan keluar daripada Umno selepas bekerjasama dengan pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib.
Johan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih memberitahu Umno Selangor tidak ambil pusing dengan serangan Mahathir, malah bertekad untuk berjuang berhabis-habisan untuk memastikan kemenangan kekal di Sungai Besar.
"Kami bertekad apa sahaja perancangan musuh, sama ada serangan dari dalam atau mana-mana sahaja, yang penting kami bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan, InsyaAllah kami akan menang," ujarnya.
Umno akan meletakkan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, meskipun PAS juga mahu turut meletakkan calon di dua kerusi berkenaan.
Namun kerusi-kerusi itu turut 'diintai' Parti Amanah Negara (PAN) untuk memberi saingan kepada PAS.

Comments