Tiga batalion tentera dihantar ke Sabah

Tentera Darat sudah menghantar tiga batalion anggota untuk meningkatkan pengawasan dan kawalan keselamatan di perairan Sabah, kata Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau berkata pasukan tambahan itu akan membantu pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Ketiga-tiba batalion terbabit sudah digerakkan ke pesisir pantai Sabah dan diletak di bawah Angkatan Tugas Bersama (ATB) untuk memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan Esscom," katanya selepas perbarisan penghargaan kepada Panglima Pemerintahan Operasi Khusus Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya yang akan bersara Julai ini, di Kem Bukit Cowder, Markas 30 Briged Infantri di Arau Isnin.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan anggota Tentera Darat agar tidak terbabit atau menyertai aktiviti bertentangan dengan tugas hakiki mereka.

“Kita mengambil serius pembabitan anggota tentera dengan kumpulan pelampau atau militan seperti Daesh. Justeru, pergerakan anggota tentera dipantau ketat bagi memastikan mereka tidak terpesong," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL