Dr Zakir Naik Kemaman: Isteri MB Razif Pakaikan Hijab Kepada Remaja Kristian Peluk Islam


Selepas remaja Kristian tersebut di islamkan oleh Dr Zakir Naik secara live di hadapan 45,000 hadirin di Padang Astaka, Kemaman, beliau telah di bawa oleh pihak Pejabat Agama dan pihak berkuasa ke belakang pentas supaya tidak di serbu orang ramai.

Isteri kepada Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria telah memakai mengajar beliau memakai tudung, remaja tersebut bercadang untuk menukar nama beliau dariapda Nina Grace kepada Nur Nina Farisha

Beliau berasal daripada Kulai Johor dan berbangsa Cina telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman.

Chukai: Remaja bukan Islam mengucap dua kalimah syahadah di depan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ketika sesi soal jawab di majlis syarahannya di Padang Astaka, di sini, tengah malam tadi.

Woo Nina Grace, 19, dari Johor mengucapkan dua kalimah syahadah pada 12.05 tengah malam sejurus soalannya dijawab Dr Zakir.

Gadis itu bertanyakan kepada Dr Zakir bahawa dia sudah mendalami Islam sejak berusia 13 tahun dan adakah dia boleh dianggap sebagai seorang Muslim kerana mengamalkan surah al-Fatihah, tiga Qul dan ayat Kursi.

Dr Zakir kemudiannya jawab adakah dia percayakan Allah SWT dan Rasul sebelum diakui oleh gadis berkenaan.

Pendakwah itu kemudiannya berkata, sekiranya sudah percaya dengan dua perkara itu mengapa dia tidak mengucap dua kalimah syahadah.

Sejurus kemudian, gadis itu terus mengikut Dr Zakir mengucap dua kalimah syahadah.
— HMetro

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL