WARTAWAN BERANG GUAN ENG TERUS MEMBISU

Tuduhan Guan Eng terhadap penimpin BN ibarat meludah ke langit...
Berani ke Guan Eng hendak jawap soalan dari wartawan???
Sedangkan fung shui rumah pun Teresa yang tolong cakap....

KUALA LUMPUR 28 Mac – Beberapa wartawan yang membuat liputan di Parlimen hari ini berang dengan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terus membisu apabila diminta menjawab soalan-soalan berhubung isu pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn dan tanah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis.

Guan Eng ketika keluar dari Dewan Rakyat langsung tidak mengendahkan wartawan yang bergegas mendapatkannya, sebaliknya terus memasuki kenderaannya yang telah menunggu di luar lobi Parlimen.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan itu hanya membuka mulut meminta wartawan memberi laluan kepadanya dengan alasan perlu bergegas untuk menghadiri temu janji.

Perkara tersebut mengakibatkan beberapa wartawan ‘naik angin’ sebaik sahaja beliau menutup pintu kenderaan.

Sebelum itu, ketika mengajukan soalan kepada Guan Eng, terdengar suara salah seorang wartawan yang mempertikaikan sikapnya yang sebelum ini cukup lantang mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) sering melarikan diri daripada memberi penjelasan dalam sesuatu isu sedangkan beliau bersikap sama.

Sejak terpalit dengan isu pembelian banglo mewah dan tanah PPRT Taman Manggis, Guan Eng menjadi buruan para wartawan bagi mendapatkan penjelasan terutama yang bertugas di Parlimen.

Bagaimanapun sejak perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dalam Dewan Rakyat baru-baru ini sehingga menjadi kontroversi, Guan Eng hanya mengunci mulut ketika bertembung dengan wartawan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana