Tak mudah Tun M pengaruhi rakyat jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa percaya rakyat boleh bersikap rasional walaupun setiap hari dipengaruhi oleh individu tertentu yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Annuar berkata, meskipun tindakan mahu menggulingkan Perdana Menteri dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad, namun percaya rakyat boleh menilai sendiri bersabit tindakan dan niat sebenar bekas perdana menteri itu.

"Dr. Mahathir boleh buat apa yang dia suka tetapi saya fikir rakyat rakyat dan ahli Umno, saya rasa sudah boleh buat penilaian sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Parlimen tadi.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib mungkin boleh dilucutkan jawatan jika Raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan Perdana Menteri.

Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tindakan Mahathir yang mahu melibatkan Institusi diRaja tidak akan membawa kesan apa-apa kepada Najib.

"Saya fikir soal undang-undang dan Perlembagaan ini semua orang faham, saya rasa Ahli-ahli Parlimen yang sudah lama berkhidmat, Menteri, Perdana Menteri, kita semua fahamkan peraturan itu. Jadi kalau sesiapa hendak komen apa-apa itu biarlah, masing-masing membuat penilaian," katanya.

Ditanya lebih lanjut sama ada lebih baik Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan susulan tindakannya yang terus menerus dilihat cuba menghasut rakyat, Annuar bagaimanapun berharap pihak berkuasa boleh membuat pertimbangan sewajarnya.

"Itu terpulang kepada pihak berwajib, seberapa yang boleh bertoleransi, toleransilah. Mungkin dia (Mahathir) hendak melepaskan perasaan dia.

"Bagi saya secara peribadi, setakat mana kita boleh bertolak-ansur, bertolak-ansurlah," ujarnya.

Mahathir sejak muktahir ini dilihat bertindak agresif apabila tidak berputus asa mahu menggulingkan Najib daripada kedudukan nombor satu negara.

Terbaru apabila Mahathir mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatannya disamping cuba mempengaruhi Institusi DiRaja apabila menegaskan 'beliau tidak lagi bercadang menghadap pihak Istana'.

Katanya, Sultan-sultan sangat berminat dalam perkara ini bahkan mendakwa sekiranya terdapat sebab-sebab tertentu, Raja-raja mungkin akan mengambil tindakan ke atas Najib, tetapi beliau tidak tahu apakah jenis tindakan yang diambil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana