Mahathir Hina Jemaah Haji Yang Ditaja 1MDB

Perhimpunan Pentas Selamatkan Malaysia yang berlangsung malam semalam seolah-olah dijadikan pentas untuk Tun Dr Mahathir Mohamed menghina dan mempertikaikan ibadat haji yang ditaja oleh 1MDB. Dalam ucapan beliau, beliau pelik samada ibadah haji dan umrah yang dilakukan hasil tajaan 1MDB diterima Tuhan ataupun tidak.

Alasan yang diberikan, bagaimana sebuah syarikat yang dakwa beliau sebagai sebuah syarikat “penyamun”, boleh menaja ibadat haji seseorang sedangkan sumber hasil wang daripada syarikat berkenaan diragui kesahihannya.

Malah, dalam ucapan yang sama, beliau juga menempelak ibadah umrah yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan isteri serta rombongan Umrah yang dilakukan oleh sayap Pemuda UMNO Malaysia yang dilakukan baru-baru ini. Ujar beliau lagi, beliau hairan, bagaimana seorang pencuri seperti Datuk Seri Mohd Najib, boleh melakukan umrah hasil daripada wang yang “dicurinya” daripada rakyat.

Hebat Tun M sekarang ini. Sejak menyertai barisan kepimpinan Pakatan Harapan, aspek hukum hakam agama juga kini sanggup beliau pertikaikan. Mungkin Tun M terlupa bahawa 1MDB tidak mencuri atau melakukan penggubahan wang haram dalam urusniaga syarikatnya. Perkara ini sudah diterangkan banyak kali menerusi kenyataan akhbar oleh Arul Kanda dan juga Perdana Menteri sebelum ini.

Tidak perlu untuk mengulas panjang tentang wang yang dijana oleh 1MDB. Semuanya telah diterangkan dalam banyak medium dan terpulang untuk Tun M dan para pentaksubnya untuk menilai sumber kewangan penajaan jemaah haji Malaysia setiap tahun.

Cuma apa yang disesalkan, sepanjang penajaan yang sudah memasuki tahun ke tujuh ini, sekurang-kurangnya mereka yang terpaksa menunggu lama untuk menunaikan haji menerusi Lembaga Tabung Haji, dapat menunaikan haji mereka. Lebih menyentuh perasaan, golongan imam, bilal, siak dan penghulu juga berpeluang menunaikan haji setiap tahun tanpa perlu mengeluarkan belanja walau 1 sen pun.

Inilah inisiatif 1MDB dalam melakukan kerja kemasyarakatan mereka yang gagal dilaksanakan semasa Tun Dr Mahathir masih berkuasa dahulu. Jika ibdah haji dan umrah seseorang juga turut dipertikaikan, adakah kroni-kroni beliau seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan, Francis Yeoh dan lain-lain lagi mahu menaja jemaah haji Malaysia untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini?

Malah, semasa Tun M masih berkuasa dahulu, tidak pernah pihak kerajaan menaja sejumlah 1,000 hingga 1,200 orang untuk menunaikan haji. Apa yang ada hanyalah perjanjian demi perjanjian penyerahan tender dan projek samada dari pihak kerajaan yang beliau wakili atau terhadap kroni-kroni beliau.

Harus di ingat, 1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik milik kerajaan. Jadi tiada salahnya untuk syarikat sebegini menaja jemaah haji setiap tahun kerana wang yang digunakan untuk menaja jemaah haji negara ini adalah sah dan bukan berunsur riba. Jadi atas alasan apa yang mengizinkan Tun M menghina dan mempertikaikan ibadah seseorang?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana