DAP tercabar bila ISMA bongkar agenda jahat mereka

Ada desakan supaya pimpinan ISMA didakwa di bawah Akta Hasutan. Dalam bahasa ringkasnya, mereka ingin pimpinan ISMA dipenjara atau dijatuhi hukuman yang setara dengan penjara. Pemimpin DAP terutamanya Lim Kit Siang yang pada kebiasaannya menjadikan PM sebagai subjek cacian dan cemuhan dengan pelbagai gelaran tiba tiba bertukar wajah menjadi perayu kepada PM supaya tindakan diambil terhadap ISMA.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap ISMA supaya tindakan dikenakan. DAP seolah-olah bersama PM untuk menjaga perpaduan nasional. DAP terutamanya Lim Kit Siang mengharapkan PM ambil tindakan terhadap ISMA. ISMA dituduh racun dan pemecah belah masyarakat.

Bagaimanakah sebaliknya? Tujuan DAP adalah untuk menyekat kemaraan ISMA yang mula membongkar agenda mereka yang tersirat di sebalik keadilan yang mereka perkatakan. Keadilan bagi mereka apabila agenda mereka tercapai. Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mereka juga menolak Malaysia adalah negara orang Melayu yang menerima bangsa lain hidup bersama. Dua agenda ini merupakan agenda utama mereka. Tidak menerima Islam sebagai agama Persekutuan dan menolak bangsa Melayu sebagai pemiliknya. Secara tersurat mereka berselindung di sebalik perjuangan keadilan sejagat. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk melindungi agenda mereka tetapi semua berkisar kepada dua agenda utama di atas.

Mereka akan menggunakan pelbagai teknik dan cara, yang penting agenda mereka tercapai. Pada masa tertentu mereka merayu, kadang-kadang menghentam dan mencabar. Tapi mutakhir ini mereka sudah berani mencampuri urusan agama bangsa Melayu dengan mencampuri mana yang perlu dan mana yang tak perlu dalam urusan agama. DAP merasa tercabar bila ada NGO Islam seperti ISMA dan beberapa NGO lagi yang mula membongkar agenda mereka untuk menafikan hak bangsa Melayu terhadap bumi Malaysia dan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara.

Ada juga tokoh yang mengharapkan ISMA melenting terhadap kes di DUN Johor. ISMA bukannya gerakan budak-budak mentah yang mencari publisiti murahan. Melenting sana melompat sini macam tokoh tersebut dan pengikutnya yang perkudakan umat untuk kepentingan peribadi. ISMA ada pertimbangannya sendiri dalam menentukan hala tuju agama, bangsa dan negara. ISMA tidak bergerak atas kepentingan peribadi dan puak-puak tertentu. ISMA mempunyai misi dan visi yang jelas untuk umat ini. Maka setiap keputusan dan tindakan yang diambil adalah untuk maslahah agama, bangsa dan negara.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Yang Dipertua Majlis Syura ISMA, merangkap Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana