"Sedia tanggung dosa?" Aidit persoal pihak yang fitnah Tabung Haji
KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali tampil menyelar pihak yang gemar menyebar fitnah tentang pengurusan Tabung Haji (TH), yang secara langsung telah menghakis kepercayaan masyakarat terhadap institusi kewangan Islam terbesar dan terpenting itu.
Kesal dengan tindakan tersebut, Aidit turut menyoal sama ada pihak berkenaan sedia bertanggungjawab atas tindakan mereka yang telah menyebabkan sebilangan pendeposit TH sanggup mengeluarkan simpanan mereka sehingga membatalkan niat menunaikan ibadat haji.
"Saya dapat laporan ada segelintir umat Islam yang sudah dipilih untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, namun kerana termakan dengan dakyah dan fitnah berkaitan TH, mereka sanggup keluarkan wang deposit malah siap batalkan niat untuk mengerjakan ibadat haji.
"Pihak yang telah menimbulkan pelbagai dakwaan terhadap TH kena sedar bahawa bukan kepentingan politik yang merupakan penentuan kebenaran atau pencerahan yang mereka mahu bawa.
"Mereka kena sedar implikasi yang mereka bawa. Apakah mereka bersedia menanggung dosa apabila ada pihak yang membatalkan hasrat menunaikan haji?," demikian menurut Aidit dalam satu temubual bersama Antarapos hari ini.
Sebelum ini pembangkang dilihat cuba memainkan isu berkenaan Tabung Haji dengan mendakwa lembaga itu sebagai bankrap, setelah ia mengambil masa sedikit lewat untuk mengumumkan dividen kepada pendepositnya.
Bukan itu sahaja, pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa paras rizab Tabung Haji berada pada paras negatif dan ia tidak akan dapat membayar sebarang dividen kepada 8.8 juta pencarum tahun ini juga sengaja diputar belit oleh pihak pembangkang.
Bagaimanapun pada Khamis lalu, Tabung Haji mengumumkan bonus tahunan bagi 2015 sebanyak 5% dengan tambahan 3% bonus haji kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan ibadah itu.
Jumlah dividen itu sedikit berkurangan apabila dibandingkan pada tahun 2014 apabila Tabung Haji mengumumkan bonus tahunan sebanyak 6.25% sementara bonus haji 2%.
Mengulas lanjut, Aidit melihat tindakan pembangkang atau mana-mana pihak yang kerap melontar dakwaan terhadap Tabung Haji seperti mahu menimbulkan rasa tidak yakin masyarakat Islam terhadap institusi-institusi Islam yang didokong oleh kerajaan yang memerintah sekarang.
"Kebelakangan ini ada pihak yang cuba menjurus kepada mana-mana organisasi kewangan yang dekat dengan hati umat Islam.
"Pada saya, pihak ini bukan ada agenda hendak menjaga kepentingan umat Islam, sebaliknya agenda politik yang mana jika diizinkan berterusan dengan agenda ini, yang menjadi mangsa bukan sekadar Tabung haji, ia termasuklah umat Islam ," tegasnya.
Sehubungan itu, Aidit menasihati masyarakat Islam agar tidak mudah percaya dengan dakwaan dan fitnah yang cuba ditumbulkan, sebaliknya mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak Tabung Haji.

Comments