RM32j: Projek Ganti Kubah Masjid Negeri Selangor Ada Unsur Rasuah?
“Belum habis rakyat kecewa dengan pembaziran projek ‘facelift’ (ubah suai ringan) pintu gerbang dengan nilai RM9.8juta kini muncul pula projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4j,” kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menerusi kenyataannya.
Menurut Chegubard lagi, ia sebahagian yang tercatat dalam belanjawan Selangor.
Baca: SPRM Tidak Akan Siasat “Skandal Gerbang Selangor”?
“Sebenarnya belanjawan Selangor banyak perkara dan perbelanjaan pelik malangnya ADUN khususnya Pembangkang memainkan peranan sebaik mungkin maka banyak perbelanjaan pelik terlepas begitu sahaja. Contohnya perbelanjaan melampau untuk hanya projek ‘facelift’ atau ubahsuai ringan Gerbang Darul Ehsan terlepas dari pertikaian dewan begitu sahaja sehingga ia membazirkan wang rakyat RM9.8j. Namun setelah ramai mempertikaikan maka muncul pula istilah wang tersebut akan dibayar semula dengan wang kutipan derma.
“Malah Kerajaan Selangor menyebut seolah terpaksa melakukan projek dengan nilai tak munasabah hanya kerana permintaan Istana. Untuk rekod saya telah menjawab secara penuh jawapan balas seorang ADUN Selangor membela pembaziran tersebut dan dua buah persatuan kontraktor dominan juga telah membuat kenyataan mempertikaikan jumlah yang sangat tinggi untuk projek ubah suai ringan pintu gerbang,” katanya.
Beliau juga menegaskan Persatuan Kontraktor yang juga menyatakan RM9.7 juta untuk ‘facelift’ pintu gerbang itu tidak masuk akal.
Baca: Gerbang Selangor: Lebihan Wang Penderma Hantu RM9.5 Juta?
Katanya, terbaharu hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek untuk menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta.
“Saya pertegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan mendesak untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi nilai tersebut dalam keadaan gawat sebegini.
“Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan turut ditutup dengan kononya sudah ada penderma ? atau sebut sahaja ia kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan ? atau Azmin yang menjadi sekutu kepada Pas yang kini cenderung kepada Umno akan mengalihkan isu – mempertikai pembaziran kubah ini umpama pertikai insitusi Islam di Selangor.
“Ia pembaziran, ingatlah kubah membazir bernilai RM32.4 juta itu bukan ajaran dan keperluan Islam pun. Banyak keperluan lain dalam negeri ini harus diutamakan. Jika benar prihatin dengan pembinaan modal insan atau pendidikan seperti yang ditekankan oleh Islam maka bayangkan jika nilai wang RM32.4j itu diberikan kepada isntitut pendidikan bawah kawalan kerajaan negeri seperti UNISEL maka tidak mustahil pendidikan percuma pun mampu terlaksana. Jika diberikan kepada anak – anak muda untuk dilatih dan dimodalkan mereka memulakan perniagaan berapa ratus ribu usahawan muda mampu dihasilkan?,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, jika bercakap mengenai infra, berapa banyak jalan rosak di Selangor jika wang ini digunakan untuk membaiki jalanraya betapa kehidupan pengundi akan meningkat malah kemalangan boleh dielakkan.
“Tidak ada bezanya kamu dengan Umno Barisan Nasional dalam perkara ini. Ingat kita pernah mengkritik Mahathir kerana membina kediaman rasmi Perdana Menteri dengan nilai RM200 juta ketika negara dalam keadaan gawat dan rakyat susah,” katanya mengimbas kembali penentangan PKR terhadap pembinaan kediaman PM di Putrajaya lewat tahun 1990-an dulu.
“Kini apa bezanya kita apabila berkuasa kita meluluskan perbelanjaan RM9.8juta untuk ubah suai kecil pintu gerbang, RM32.4 juta untuk ganti kubah masjid dalam keadaan jika ia disalurkan kepada yang lebih memerlukan maka lebih ramai akan naik taraf kehidupanya,” ujarnya lagi.

Comments