DS KHALED SERU TERUSKAN AGENDA PENYATUAN AHLI UMNO

PASIR GUDANG, 26 Feb - UMNO Johor diminta agar terus menjalankan agenda penyatuan parti dan dinasihatkan supaya akur dengan keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) berhubung penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO perlu bergerak sebagai sebuah parti yang kukuh dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi kita bergerak sebagai sebuah parti dan keputusan sudah dibuat oleh MT, maka saya percaya dan kita perlu akur.

"Dari segi Johor, saya menyeru agar kita terus melaksanakan agenda penyatuan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-21, di Pasir Gudang, malam ini.

Mengulas mengenai sama ada prestasi UMNO Johor terjejas dengan keputusan itu, Mohamed Khaled, berkata jawatan Timbalan Presiden dipilih dari seluruh negara dan bukan Johor semata-mata.

"Soal jawatan Timbalan Presiden merupakan jawatan yang dipilih dari seluruh negara dan bukan Johor semata-mata walaupun beliau berasal dari Johor," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana