Cemas Kejab....KL Sentral gempar, beg pakaian disangka bom

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 pengguna komuter di KL Sentral gempar dengan penemuan beg pakaian, dipercayai mengandungi bom di tempat menunggu stesen berkenaan, malam tadi. Beg pakaian yang ditemui di tempat menunggu komuter diperiksa oleh sepasukan Unit Pemusnah Bom, yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam pada jam 10 malam. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata pihaknya menutup laluan masuk ke stesen berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan.

"Sepasukan anggota yang memeriksa beg berkenaan mendapati ia hanya mengandungi pakaian. "Saya menafikan berita yang tersebar dilaman sosial kononnya terdapat ancaman bom di stesen Kl Sentral," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Shahrul berkata, keadaan terkawal sepanjang pemeriksaan itu dan perkhidmatan komuter kembali beroperasi seperti biasa pada jam 11 malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana