Inilah Cara DAP memerintah.....Tauke Nasi Kandar Line Clear Mahu Bersara Selepas Pindah Outlet Ke K.Lumpur

GEORGE TOWN: Kira-kira 70 peratus daripada pekerja, termasuk tukang masak di kedai nasi kandar popular Line Clear yang terletak di Penang Road akan berpindah ke Kuala Lumpur dalam tempoh dua minggu lagi.

Walaupun masih beroperasi seperti biasa sehingga semalam, pengendali semasa, Abdul Hamid Seeni Parkir telah menerima notis pengusiran dan merancang untuk bersara.

Resipi nasi kandar popular itu akan dibawa oleh anak-anaknya ke ibu kota.

Salim Madinah, 37, wakil bagi pihak Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 67 tahun itu telah merancang untuk bersara dan menghabiskan masa bersama cucunya.

"Kami akan membuka outlet di Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru, esok (Jumaat) yang akan dijalankan oleh anak-anak dan saudara-saudaranya," kata Salim, sambil menambah mereka akan menghidangkan nasi kandar untuk tujuan amal kepada golongan kurang bernasib baik pada hari itu.

Bagaimanapun katanya, Abdul Hamid akan memberikan nasihat kepada anak-anaknya.

Katanya, apabila pemegang lesen lain mengambil alih tempat itu dalam masa dua minggu lagi, 70 peratus daripada kakitangan di situ akan berpindah ke outlet Kuala Lumpur kerana kebanyakan mereka terdiri daripada ahli keluarga Abdul Hamid.

"Tukang masak di Line Clear juga adalah anak Abdul Hamid dan dia juga akan berpindah ke satu lagi outlet," kata Salim ketika dihubungi melalui telefon.

Minggu lalu, Abdul Hamid telah diberikan notis tiga minggu untuk mengosongkan premis.

Ini berlaku berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan semakan kehakiman oleh Abdul Hamid untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 2014.

Mahkamah memutuskan bahawa majlis itu mempunyai budi bicara di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen secara bergilir-gilir.

Majlis itu telah mengeluarkan lesen kepada restoran itu setiap tahun kepada empat sepupu - Abdul Hamid, T. Abdul Latiff, 55, Sahubarali China Mohd Hanibah, 58, dan Pathumah Iskandar, 69.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana