Annuar mampu lonjakkan imej Umno yang agak terkebelakang

SHAH ALAM: Pelantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno yang baru berkuatkuasa semalam, diyakini mampu melonjakkan imej parti Melayu itu yang sedikit merosot kebelakangan ini ekoran pelbagai isu yang membelenggu rakyat.

Menurut Pensyarah di Jabatan Kewartawanan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Edwin Michael Muniandy, pelantikan Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu dilihat daripada kredibiliti beliau yang mampu mengendalikan isu, seperti yang pernah dihadapinya tahun lalu.

Edwin merujuk kepada isu pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh anak syarikat MARA, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) yang mencetuskan kontroversi ekoran dikatakan membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan.      

"Ketua Penerangan Umno ini memainkan peranan yang sangat penting. Sejak jawatan ini dipegang (Datuk) Ahmad Maslan, kita nampak Umno tak bergerak ke depan (malah) terkebelakang dari sudut penerangan itu sendiri.

"Sudah tentu kita tahu Ahmad Maslan sangat terkenal dalam media sosial, sering menjadi mangsa kritikan, suka beri komen yang kekadang tak masuk akal.

"Sewaktu ada isu melibatkan pembelian bangunan di Australia, ketika ia menjadi begitu krisis, Tan Sri Annuar Musa kendalikan dengan profesional,"katanya kepada Antarapos, sambil menyifatkan penyusunan semula struktur Majlis Tertinggi sebagai satu permulaan 'segar' kepada parti tersebut.

Annuar dilantik menggantikan Datuk Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan Umno, dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam.

Selain jawatan Ketua Penerangan Umno, rombakan tersebut menyaksikan beberapa jawatan lain turut disusun semula.

Antaranya, portfolio Daftar Pemilih dan Keahlian Umno kini dipegang oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Biro Kebajikan Umno.

Tempat Azeez kini digantikan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shamsul Annuar Nasarah.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Ekonomi yang sebelum ini disandang Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis kini diisi oleh Datuk Johari Abdul Ghani.

Dalam pada itu, Edwin berkata, dengan pelantikan Annuar itu, golongan 'cyber troopers' Umno perlu dimantapkan dan diberi perhatian serius sekiranya mahu memenagi pilihan raya umum akan datang.

"Punca kekalahan Barisan Nasional dalam PRU lepas kerana dalam arena media sosial ia terkebelakan (disebabkan) 'cyber troopers' mereka tidak terlatih, tidak diberikan peluang latihan seperti 'cyber troopers' pembangkang. Perang siber pembangkang kedepan, dan BN terkebelakang," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana