Ambik 6% (GST) Bising, Bagi 3% (EPF) Pun Bising, Pembangkang Dah Gila?

PENULIS tak rasa pakatan pembangkang yang diketuai DAP masih rasional.  Mereka sebenarnya ada masalah lebih besar (isu CEC tak selesai) dan calon Perdana Menteri pilihan mereka adalah seorang peliwat, maka itu asyik main persepsi negatif pasal kerajaan BN, lepas satu, satu.

Terbaru caruman isu EPF pekerja dikurangkan 3%.  Apa masalahnya disitu pun penulis tak faham.  Pertama itu bukan kali pertama dibuat, dah beberapa kali sejak 1998, kedua, ini cerita tambah duit dalam poket rakyat, pun nak bising juga?  Ketiga, itu pilihan bukan paksaan pun dan ke empat, ini bukti kerajaan ada duit, bukan nak bankrap.

Pakatan pembangkang yang diketuai DAP ini tak tahukah, ramai pekerja di luar sana yang memilih untuk carum EPF lebih dari 11% (walaupun undang-undang menetapkkan kadar 11%) sebab mereka mahu lebih banyak wang masa bersara nanti!!  DAP bodoh sangat ke tak tahu?  Isi borang 17A, selesailah masalah, tak payah pergi pejabat EPF pun, muat turun atau dapatkan dari Jabatan Sumber Manusia.

Masa laksana GST 6% pun memekak, konon itu mengurangkan duit rakyat, walhal bukan semua benda kena GST, sekarang kerajaan nak tambah duit poket rakyat pun memekak juga, dah gila ke?

Apa penulis nak kata ialah, pembangkang sekarang sudah sampai tahap mengarut, mereka hanya pandai main politik kebencian terhadap kerajaan di kalangan rakyat sehingga buat apa pun tak kena – waima tambah duit dalam poket.

Ini namanya politik terdesak, politik orang gila, jangan kita terpengaruh sama nanti buruk padahnya.  Ingat negeri yang mereka perintah tu maju sangat ke?  Lagi banyak masalah, tak payah cerita pun sebab semua orang nampak depan mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana