Menteri Tak Boleh Failkan Saman Fitnah Yang Dibuat Terhadapnya?

Terkekeh-kekeh dibuatnya penulis ketika membaca laporan pembelaan Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir yang mengatakan seorang yang berjawatan menteri itu tidak boleh bertindak memfailkan saman fitnah.

Kata hujah pembelaan itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak boleh memfailkan saman terhadap Akmal kerana segala yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tertakluk pada kepentingan awam dan mewakili kerajaan yang mempraktikkan ketelusan.

“Kelakuan, perangai dan perbuatan yang dilaksanakan oleh plaintif (Jamil Khir) adalah perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam yang melampau dan faedah mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan juga terbuka kepada kritikan dan penelitian yang mantap.

“Di samping itu, plaintif adalah ahli kerajaan BN yang melalui pelbagai wakil dan agensi mendukung prinsip perlunya ketelusan awam, kejujuran dan integriti pada semua peringkat kerajaan,”

Merujuk pada kenyataan pembelaan yang dihujahkan melalui peguamnya, baru penulis tahu bahawa mana-mana individu yang memegang jawatan menteri dan bekerja demi kepentingan awam tidak berhak memfailkan saman walau dihujani dengan pelbagai dakwaan berunsur fitnah terhadap mereka.

Maksudnya, sesiapa saja boleh menuduh, mendakwa dan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap menteri-menteri besar, menteri-menteri, termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya, tanpa boleh difailkan saman terhadap pihak yang mendakwa.
Seronoklah begitu, bukan? Kita tuduh saja pak-pak menteri dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, tapi pak-pak menteri itu tidak boleh failkan saman terhadap kita di mahkamah. Makin seronoklah mereka-mereka itu menabur fitnah, kan?

Sampai begitu sekali mahu mempertahankan kenyataan? Sehingga menghalalkan sesuatu yang dilarang Allah SWT dan Rasulnya? Bukankah Allah SWT berfirman bahawa fitnah itu dosanya adalah lebih besar dari dosa membunuh? Apa iktibar dan istinbat dari ayat berkenaan agaknya jika fitnah ‘dihalalkan’?

Sebelum ini Jamil Khir pernah meminta secara baik supaya Akmal menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Mungkin itu rasional dari pihak menteri bagi Akmal untuk menyedari kesilapannya yang sinonim dengan ‘darah muda’ yang selalunya suka bercakap lepas dan melulu tanpa usul periksa.

Tapi Akmal enggan mohon maaf dan berkeras mengatakan dia dipihak yang benar biarpun sudah dijelaskan apa yang dia persoalkan. Jadi, dimana agaknya keadilan jika individu-individu berjawatan seperti Jamil Khir dinafikan hak untuk memfailkan saman fitnah?

Apapun, penulis serahkan kepada Hakim yang bijaksana sama ada untuk menerima hujah pembelaan tersebut atau menolak. Beliau lebih arif dan bijaksana dalam menentukan soal tersebut berdasarkan ruang keadilan yang terkandung dalam sistem perundangan negara.

Keputusan Hakim nanti bakal menjadi ‘precedent’ yang akan digunapakai bagi kes-kes yang akan datang sebagai rujukan. Namun pada pandangan peribadi penulis, hujah pembelaan yang dikemukakan Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) itu memang ‘tak boleh blah”…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana