Ini suara majoriti UMNO Gelang Patah pada kepimpinan Najib

Isu seperti ini boleh mencetuskan salah tafsir jika tidak diperjelaskan.Apa lagi dalam situasi politik semasa khususnya di Johor.Ini gara-gara beberapa Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagan Gelang Patah pada 23 November lalu buat kenyataan mempertikaikan kepimpinan dan mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan.Jumaat malam,suara majoriti bergema bila enam puluh lima ketua cawangan Umno Bahagian Gelang Patah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Najib.

Jurucakap cawangan terlibat Yusof Ahmad berkata mereka turut menolak sekeras-kerasnya tindakan mana-mana anggota yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat dan mencemarkan reputasi parti.Katanya tindak tanduk mereka adalah atas sifat peribadi dan tidak mewakili suara ahli UMNO dalam bahagian Gelang Patah.

Sedangkan menurut beliau pada 6 November ekoran perjumpaan khas antara Ketua UMNO Bahagian dengan ketua-ketua cawangan satu keputusan sebulat suara dibuat tidak benarkan mana-mana individu yang memegang jawatan Ketua Cawangan atau ahli bahagian itu mengunakan nama atau logo UMNO untuk mempertikaikan kepimpinan parti.

"Kami kecewa dengan kenyataan sesetengah pihak sebelum ini. Sebagai ahli UMNO yang terikat dengan perlembagaan parti tidak sewajarnya berbuat kenyataan sedemikian di luar daripada saluran yang telah disediakan parti," kata Yusof kepada wartawan pada sidang media di pejabat UMNO Bahagian Gelang Patah di Nusajaya.

Yusuf, yang juga Ketua UMNO Cawangan Taman Impian Emas berkata mereka yang terlibat juga haruslah diambil tindakan sama ada amaran secara lisan ataupun bertulis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan beberapa ketua-ketua cawangan dari lapan bahagian di Johor termasuk ketua cawangan dan anggota UMNO Bahagian Gelang Patah yang diadakan di Komplek Kelab Sukan dan Rekreasi di Taman Universiti pada 23 November.

Yusuf yang hadir bersama 46 ketua cawangan UMNO Bahagian Gelang Patah pada malam ini, berkata teguran-teguran terhadap sesuatu isu perlulah mengikut tatacara yang dibenarkan oleh perlembagaan parti.

"Sehubungan dengan itu, tiada keperluan kepada ahli untuk menggunakan forum lain lebih lagi secara di luar batasan, tidak beretika dan tidak beradab.

Kami inginkan perpaduan dan kekuatan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Maka kami menolak sebarang tindakan dan usaha mana-mana ahli dan pihak tertentu yang boleh mewujudkan perpecahan dalam parti," kata beliau.

Selain itu, mereka juga membantah keras mana-mana kenyataan khususnya ahli UMNO yang mengeluarkan kenyataan "menggantung" atau "didesak meletakkan jawatan" atau seumpamanya dalam masa dan keadaan mendahului kuasa yang ada pada Majlis Tertinggi UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana