Jalaluddin Hassan Kecewa Didakwa Sudah Meninggal Dunia

KUALA LUMPU 5 Okt - Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, 62, kecewa dengan tindakan pihak yang menyebarkan berita palsu beliau sudah menemui ajal, Sabtu lalu, di laman sosial.

Memetik laporan BH Online, ketika berita itu tersebar, bapa kepada lapan cahaya mata itu berada di rumah. Jalaluddin terkejut apabila telefon bimbitnya menerima bertalu-talu panggilan daripada rakan.

"Saya sedang berurusan dengan sebuah produksi mengenai projek yang bakal dijayakan melalui telefon. Jadi, saya tidak menjawab beberapa panggilan yang masuk pada waktu sama.

"Rakan yang gagal menghubungi saya mula berasa bimbang. Apabila gagal mendapatkan saya, mereka menghubungi isteri saya. Tetapi, hendak dijadikan cerita, isteri juga tidak menjawab panggilan telefon kerana sibuk melayan cucu," katanya.

Jalaluddin berkata, sebaik selesai berbincang dengan pihak produksi, beliau berpeluang menelefon seorang rakannya.

"Sebaik mendengar suara saya, rakan saya terus menangis. Saya terkejut dengan reaksinya itu dan bertanya apa yang berlaku. Rakan itu beritahu mengenai berita penyebaran kematian saya.

"Kerana gagal menghubungi saya, rakan saya yang ketika itu berada di Kuala Kangsar, segera berkemas kerana mahu datang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi saya," katanya.

Jalaluddin berkata, pada mulanya beliau tidak ambil pusing dengan penyebaran berita kematiannya itu.

"Tetapi apabila terlalu banyak panggilan dan mesej menerusi aplikasi Whatsaap yang masuk daripada rakan seperjuangan, termasuk pihak produksi dari Singapura dan Brunei, saya jadi kecewa dengan mereka yang menyebarkan berita palsu ini.

"Mereka menyusahkan rakan saya hingga emosi mereka terganggu. Bagi saya, orang yang menyebarkan berita itu rendah budi pekertinya. Apa perasaan mereka jika perkara sama terjadi kepada keluarga mereka?" katanya.

Lebih mengecewakan pelakon drama Pengantin Popular itu lagi, bukan saja dirinya, malah bapanya, Tan Sri Hassan Azhari dan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, turut didakwa meninggal dunia pada hari sama.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL