Wajah-wajah tidak ceria selepas selamat melancarkan Pakatan Harapan

Wajah-wajah dalam gambar NST baru-baru ini sepatutnya ceria-ceria belaka maklumlah satu pakatan pembangkang yang baru telah selamat dilancarkan.
Tanpa PAS tajuk Sinat Harian.

Lihat wajah sugul Kit Siang. Begitu juga murung pada wajah Dr Mariah, Anuar Tahir, Samad Said.

Mat Sabu pula sengeh paksa begitu juga DS Dr Wan Azizah.

Saya difahamkan ketika gambar ini diambil wartawan sedang melontarkan beberapa soalan kontroversi khasnya tentang penglibatan NGO.

Ya rundingan meja bulat yang melahirkan Pakatan Harapan itu dikatakan turut melibatkan pimpinan NGO dan parti-parti lain.

Ada tak yang mewakili NGO dalam gambar ini?

Jawapnya tidak ada seorang pun semuanya orang parti belaka iaitu sama ada DAP, PKR atau Parti Pekerja.

Mana NGO nya? Mana PSM ?

Bermakna benarlah kelahiran tergesa-gesa ini sesungguhnya hanya semata-mata mahu memberi nyawa pada anak baru kelahiran DAP iaitu Parti Pekerja yang telah diambil-alih oleh pengkhianat-pengkhianat PAS.

DAP tendang PAS keluar Pakatan Rakyat. DAP bercita-cita merobah pimpinan tertinggi PAS dalam pemilihan Muktamar baru-baru ini tetapi gagal apabila semua proksi mereka kecundang.

Lalu tiada cara lain bagi memelihara ego DAP yang calar itu selain melahirkan parti baru yang kononnya punya upaya menggantikan PAS.

Dan berlangsunglah majlis pelancaran Pakatan Harapan atas desakan DAP yang selebihnya adalah sejarah.

Kerana itu kelahiran tergesa-gesa ini dipertikaikan banyak pihak.

Datuk Ambiga Sreenevasan bekas Presiden Majlis Peguam mempertikaikan:

“Why the rush to set up new opposition pact….”

Ambiga bertanya mana PAS? Adakah kerana mahu menyisihkan PAS maka rundingan meja bulat yang tergesa-gesa ini diadakan?

Ambiga dan penganjur BERSIH 4.0, Maria Chin difahamkan telah keluar dari persidangan tanpa hadir sidang media ini.

Apa pun semua dah selesai. Pakatan ini hanya lahir dari persetujuan 3 parti sahaja.

Yang puas hati dan paling gembira sudah pastilah DAP dan anak-anak pengkhianat PAS yang dilahirkannya.

Jahatkah saya kerana asyik babitkan DAP sahaja……terpulanglah. Tetapi yang nyata dari 3 negeri yang dikuasai pembangkang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiusaha Agung DAP lah yang pertama sekali isytiharkan bahawa Kerajaan Negeri beliau kini dikenali kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Perakuan yang dijangka dari bapa pengasas dan penaungnya.

Biasanya yang lahir tergesa-gesa begini akhirnya nanti juga dalam keadaan demikian. Sama-samalah kita saksikan dan tunggu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana