Syed Ali : DAP berjaya runtuhkan perpaduan orang Melayu, umat Islam

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, DAP telah berjaya meruntuhkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini menerusi doktrin politik rasis.

Hari ini kata beliau, umat Islam terutama orang Melayu tidak lagi mempunyai kesatuan dan penyatuan yang boleh menjanjikan masa depan lebih gemilang.

"DAP dengan sokongan anasir tertentu telah berjaya memperok-perandakan perpaduan orang Melayu menerusi ideologi politik," tegasnya.

Malah katanya, DAP telah memperalatkan segelintir orang Melayu orputunis yang sanggup menjual maruah bangsa dan agama kerana agenda peribadi.

DAP tambah Syed Ali, sedar bahawa untuk menghancurkan kekuatan Islam langkah pertama ialah dengan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

"Hari ini, saya lihat DAP berjaya gula-gulakan orang Melayu, sehingga ada sesetengahnya tergamak menjadi ahli DAP, berjuang bersama parti rasis," tegasnya.

"Malah ada pihak yang sanggup menubuhkan parti baru semata-mata nak ikut telunjuk DAP," katanya merujuk kepada perpecahan berlaku dalam PAS.

Beliau berkata, orang Melayu yang menyertai DAP tidak lagi boleh bersuara untuk mendakwa mereka berjuang untuk orang Melayu dan syiar Islam.

"Mereka tak boleh kata masuk DAP kerana kepentingan Melayu dan agama Islam, sebab DAP adalah politik sekular dan rasis untuk meruntuhkan institusi orang Melayu di negara ini," tegasnya.

"Inilah bezanya dengan perjuangan UMNO, benar kita berteraskan kepada semangat kebangsaan tetapi kita tetap menjunjung syariat Islam," tegasnya.

Tambah beliau, UMNO merupakan pasak kepada kekuatan orang Melayu dan umat Islam di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.

UMNO ujar Syed Ali, telah tegak untuk mempertahankan kekuatan Islam dan perpaduan orang Melayu, UMNO akan mendahului kepentingan agama dan rakyat secara keseluruhan.

Bagaimanapun beliau mengingatkan, pelbagai dakyah, propaganda dan provokasi telah dilakukan oleh musuh Islam termasuk DAP untuk melemahkan umat Islam.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO / BN Wilayah Persekutuan mengakui orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak lagi memiliki kekuatan untuk berdepan dengan musuh-musuh mereka.

Malah katanya,umat Islam mudah bergeseran sesama sendiri hanya disebabkan perkara kecil atau yang tidak memberi keuntungan kepada umat.

"Atas perkara kecil, kadangkala kita tidak boleh berkerjasama, inilah peluang yang diambil oleh pihak musuh untuk melemahkan kita terutama UMNO," tegasnya.

"Jika yang kecil ini pun kita tidak boleh nak selesaikan secara baik, apa akan jadi kepada masa umat Islam, kita akan hancur.

Beliau menyebut contoh bahawa umat Islam di dunia ada kira-kira 2 bilion orang tetapi kekuatan mereka tidak memadai untuk berdepan dengan golongan kufar.

"Sebabnya kita (umat Islam) berpecah belah dan sering bertingkah atas isu-isu yang sepatutnya boleh diselesaikan secara musyawarah," katanya.

"Golongan kufar sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan umat Islam," katanya sambil berkata ancaman tersebut turut dirasai oleh UMNO.

Sehubungan itu, Syed Ali menyeru kepada ahli-ahli UMNO supaya kembali bersatu sebagai satu jemaah yang berpegang kepada kesatuan dan permuafakatan.

"Ahli UMNO, orang Melayu dan seluruh umat Islam adalah bersaudara, kiblat kita sama dan syahadah kita pun sama, marilah kita bersatu tenaga menghadapi musuh-musuh Islam yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL