Pakatan 2.0 Umpama Filem Do Re Mi…’Minah Atau Do Yang Mati Dulu’

KUALA LUMPUR 21 Sept – Isu pakatan 2.0 makin hari makin mengelirukan. Siapakah sebenarnya yang berada di dalam pakatan baru terbabit. Ini kerana pada satu ketika PKR mengatakan perlunya Pas berada di dalam posisi pakatan terbabit dan pada masa yang sama Dap pula mengambil sikap berlawanan dengan pendirian PKR manakala Pas pula pada masa yang sama menyatakan tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan Amanah.

Sekali imbas dan sekali pandang gelagat mereka itu tidak ubah sepertimana dialog filem P.Ramlee, Do Re Mi… siapa mati dulu do atau minah. Begitulah juga perumpmaan tepat untuk menggambarkan gelagat antara Pas, Dap, PKR dan Amanah yang mana akhirnya semua tahu ianya adalah pembohongan semata-mata.

Demikian menurut Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap ketika mengulas mengenai kemelut gabungan pakatan baru parti-parti pembangkang setelah pakatan mereka sebelum ini diwar-warkan terkubur oleh Dap.

Menurut Anuar lagi kemelut di dalam gabungan baru dijangka akan berterusan kerana masing-masing hari ini makin bertegas untuk tidak menerima di dalam gabungan parti pembangkang berkenaan.

“Perang dingin antara Dap dengan Pas nampaknya makin berterusan…manakala Pas dengan Amanah pula memasuki fasa baru setelah Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan Amanah kerana dianggap pengkhianat.

“Jadi di manakah penamatnya kepada bentuk kerjasama berkenaan. Walaupun PKR cuba menjadi hero dalam pertembungan berkenaan, akhirnya pakatan ini terus bercelaru, keliru dan haru biru,” katanya kepada UMNo-Online, di sini, hari ini.

PKR dilapor bakal mengadakan persidangan meja bulat pada Selasa ini bagi membincangkan pembetukan pakatan pembangkang baharu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sejak sebulan lalu sudah mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan parti pembangkang .

Dilaporkan juga Dap berkeras ia tidak akan menyertai gabungan baru parti pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0, jika PKR tetap mahu mengekalkan Pas sebagai anggota, menurut pemimpin parti itu.

Manakala terkini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana “pengkhianatan”.

Anuar Manap seterusnya menambah apa jua nama pakatan sekali pun jika tidak menemui titik persamaan, percayalah gabungan terbabit tidak akan ke mana.

“Itulah yang kita nampak dan rakyat boleh nilai sendiri bagaimana hala tuju mereka. Di peringkat awal sudah nampak ketidakserasian untuk duduk berada dalam posisi yang sama di bawah satu payung. Bagaimana pula langkah seterusnya nanti. Yang pasti mereka dah bercelaru dan terkeliru antara satu sama lain,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL