Keluarga Presiden PAS Berpecah Kerana Parti Amanah Negara

Dasar pecah dan perintah DAP akhirnya berjaya dilaksanakan dalam PAS. Ini berikutan dengan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB). Bukan lagi rahsia bahawa DAP berada di belakang Parti Amanah ini.

Apabila pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara maka berlakulah perpecahan. Bukan sahaja ahli PAS dan pemimpinnya berpecah, malahan ahli keluarga presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut sama menjadi mangsa.

Miqdad Zakaria yang merupakan anak saudara Hadi Awang di sebelah isterinya telah dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang sedangkan Haji Hadi  merupakan ahli Parlimen Marang. Rusila, Marang adalah tempat kelahiran Haji Hadi.  Mereka dikelilingi sanak saudara sejak berpuluh tahun dahulu.

Untuk makluman, rumah Miqdad hanya 200 meter sahaja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang. Tindakan Miqdad menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, telah menyebabkan beliau diboikot oleh penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.

Pada 19 September, Miqdad bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang.

Jarum perpecahan yang disuntik ke dalam PAS ini telah memecahbelahkan keluarga Hadi Awang. Bagi pihak Miqdad pula beliau terpaksa berhadapan dengan situasi yang cukup tidak menyenangkan apabila salam beliau tidak dijawab, 24 surau dan masjid yang selama ini menjemput Miqdad untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian.

Namun perkara inilah yang diingini oleh “musuh” Haji Hadi. Mereka mahu Haji Hadi berada dalam keadaan tidak tenteram dan huru-hara agar lebih mudah PAS diperkotak-katikkan.

Keluarga Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Salleh juga berpecah belah kerana Parti Amanah apabila adiknya, Saberi Salleh sendiri turut menyokong Amanah. Saberi yang kini tinggal di Pasir Puteh, Kelantan juga menjadi penggerak utama penentangan terhadap kepimpinan PAS sejak penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa, kemudiannya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kini Amanah.

Di Bachok, Kelantan pula anak dan cucu bekas yang dipertua PAS Bachok allahyarham Datuk Omar Muhamad juga menjadi penggerak utama Amanah kawasan itu. Khairudin Omar, anak bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kini ketua Amanah Bachok manakala anak beliau yang juga cucu Omar, Syahidulamri Khairudin ketua Pemuda Amanah Bachok.

Sebelum ini Haji Hadi telah mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan mereka yang menyertai Parti Amanah adalah pengkhianat dan tidak akan bekerjasama dengan mereka.

Umum mengetahui bahawa DAP seolah-olah berdendam dengan PAS apabila mereka terus berkeras mahu melaksanakan Hudud PAS. Ianya juga antara punca pakatan rakyat yang tidak pernah didaftarkan pun itu terbubar. Parti Amanah ini dilihat sebagai alternatif DAP untuk mendapatkan sokongan Melayu apabila mereka gagal bekerjasama dengan PAS.

Selain daripada itu, Parti Amanah ini juga dilihat seolah-olah menjadi alat yang cukup ampuh untuk menghancurkan PAS demi dendam peribadi DAP terhadap mereka. Maka tidak hairanlah apabila parti Amanah mensasarkan keahliannya seramai 100,000 sebelum hujung tahun ini dan majoriti ahlinya merupakan bekas ahli PAS.

Pengkhianatan parti Amanah terhadap PAS ini cuba dikaburi dengan tagline kempen “Amanah Sayang Semua” yang kononnya menyebarkan kasih sayang dengan taglinenya Amanah Sayang Semua, sedangkan mereka merupakan pengkhianat dalam perjuangan PAS.

Sebenarnya kita tahu bahawa DAP bukan sahaja mahu memecahbelahkan PAS, mereka juga mahu memecahbelahkan orang Melayu demi memastikan agenda DAP untuk memerintah negara kita terlaksana. Oleh itu, bersatulah orang Melayu demi memastikan kesinambungan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara kita.

Cari titik persamaan. Jangan diperbesarkan titik perbezaan, di situ bermulanya perpaduan kita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana