Hudud GHB Visi Apa Plak Ni....GHB yakin agenda hududnya diterima DAP dan PKR

GOMBAK: Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin agenda hudud yang dibawa mereka akan diterima DAP dan PKR berdasarkan semangat kesepakatan.

Pengerusi Jawatankuasa GHB Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli berkata meskipun undang-undang Islam yang pernah dibawa PAS ditentang hebat oleh DAP, namun sikap saling merujuk menjadi teras dalam gabungan pembangkang itu kelak.

"Apa yang kita nak orang lain ikut kita atau sebaliknya, baik DAP mahu kita ikut mereka atau sebaliknya dan begitu juga dengan PKR, ia bergantung bagaimana kita menguruskannya organisasi itu. (Hudud) Kita boleh berpandu kepada perlembagaan negara. Jika ada masalah dalam urusan pentadbiran negara kita boleh rujuk kepada perlembagaan.

"Mungkin ia agak terhad dan tidak mampu memuaskan hati semua orang tapi ia berdasarkan semangat demokrasi. GHB mengamalkan semangat demokrasi maknanya kita menilai idea konsensus dan suara majoriti jika ada keperluan," katanya dalam sidang media mengumumkan barisan kepimpinan GHB Wilayah Persekutuan, di Jalan Gombak, pagi tadi.

Hatta dalam pada itu tidak mahu ada pihak yang masih keliru dengan dasar GHB dalam perjuangan Islam yang dibawa, walaupun mereka adalah serpihan PAS.

"Kita tidak mahu mengukur apa yang dilakukan ini dengan PAS. Saya pun tidak sebut ini adalah lanjutan daripada PAS kerana GHB bertujuan mengisi kelompongan yang ada dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat yang lama. Tidak adil untuk buat perbandingan," tegasnya.

Bukan itu sahaja, Hatta memberi jaminan bahawa GHB tidak akan mengikut telunjuk DAP sekalipun berada di dalam gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat 2.0 itu.

Sebelum ini ada dakwaan timbul bahawa GHB yang diasaskan oleh kumpulan progresif PAS itu akan mudah 'dilenturkan' oleh DAP, terutamanya dalam hal-hal berkaitan keputusan dan pendirian pembangkang.

Kita menghormati perbezaan, bahawa setiap parti ada krisis, kelebihan dan hasrat masing-masing. Tidak perlu ada niat tersorok, (yang penting) masing-masing bergerak atas persetujuan bersama," tegasnya.

GHB akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik pada 14 September depan, dan bakal bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat 2.0

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana