Hadi Sindir DAP Membisu Isu Muhyiddin

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas DAP kerana tidak menyatakan pendirian mereka mengenai penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassim dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Hadi mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata PAS tidak seperti DAP kerana sering konsisten dalam kepercayaan mereka.

"Kami tidak seperti DAP. Mereka sering menghentam Tun Mahathir tetapi sekarang mereka menyokong beliau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihtifal di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Tok Jiring, di sini Khamis.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa dilihat cenderung menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan Kabinet pada Selasa lalu.

Hadi enggan mengulas mengenai tindakan tersebut dan mahu melihat prestasi menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik.

"Saya tidak cenderung kepada sesiapa. Saya hanya cenderung kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat. Masih terlalu awal untuk menghakimi mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana