Awas pusat judi...Zahid arah polis perangi 100 peratus

Kerajaan tidak akan berkompromi lagi dalam usaha membenteras pusat-pusat perjudian di seluruh negara yang tumbuh kembali selepas operasi yang dijalankan oleh pihak polis.

Jadi awas...Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu semalam,Selasa beliau telah mengarahkan polis melancarkan perang 100 peratus menghapuskannya.

“Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%,” katanya.

Berkata kegiatan itu perlu diperangi 100 peratus dan beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis.

"Empat bulan sudah langkah-langkah kita lakukan dengan hebat melalui Ops Cantas Khas, kita lakukan pembersihan (pusat perjudian) tapi saya dapat laporan tumbuh kembali,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Jamuan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, di Kuala Lumpur,Rabu malam.

Serentak dengan itu beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memberi amaran tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis.

"Bukan sekadar amaran, mana-mana pegawai dan anggota polis, individu, NGO atau kumpulan tertentu yang memberikan perlindungan kepada rumah-rumah judi tidak akan pernah terlepas daripada tindakan," tegasnya.

Zahid berkata tidak ada satu bangsa atau agama atau individu yang rasional yang bersetuju jika aktiviti perjudian dibiarkan berleluasa.

“Keluarga menjadi retak porak-peranda dengan wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan isi rumah tetapi digunakan kepada aktiviti perjudian. Yang untung tauke judi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana