Amaran Keras.....Ahli PAS Hadiri Program GHB Akan Dirujuk Kepada Lembaga Disiplin Parti - Hadi

KUALA NERUS: PAS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya PAS sentiasa memantau penyertaan anggota Parlimennya terhadap program berkenaan dan jika ada, PAS tidak akan teragak-agak untuk merujuk mereka kepada lembaga disiplin parti.

"Semalam kita buat kenyataan, kita memberitahu supaya ahli-ahli Parlimen PAS dan pimpinan PAS tidak menyertai program ini. Ini di luar daripada PAS dan dianggap tindakan negatif terhadap PAS.

Kita beri amaran agar mereka tidak menghadiri majlis-majlis macam ini.

Pada masa yang sama, kita masih menunggu (laporan lengkap pembabitan anggotanya ke program itu) daripada negeri-negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ihtifal Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, di Batu Enam di sini, Khamis.

Beliau mengulas tindakan GHB yang diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini sibuk menjelajah ke seluruh negara dan esok program itu akan diadakan di Besut.

Abdul Hadi berkata, hasil laporan daripada PAS di seluruh negara, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang berkenaan sambil mengingatkan anggota parti akur dengan kehendak parti.

Sementara itu, beliau berkata masih terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana