Azmin bakal berdepan undi tak percaya...

Benarkah DAP akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali?
Jika tidak, adakah bermakna Mohamed Azmin kekal menerajui negeri yang ditadbir oleh pakatan tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS.

Angin spekulasi usul undi tidak percaya oleh DAP semakin kencang. Perkembangan itu bertambah menarik selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk kembali menerajui Selangor selepas kira-kira 10 bulan meninggal kerusi panas itu.

Difahamkan jika usul undi tidak percaya gagal dilaksanakan, keputusan kepimpinan akan diputuskan oleh Istana Selangor bagi menoktahkan kemelut dalam kerajaan PR yang terbentuk di negeri itu.

Istana Selangor boleh memerintah Mohamed Azmin meletakkan jawatan (force emergency sitting) memandangkan kekuatan kerusi Dewan Undangan Negeri adalah sama rata.

Kerajaan Selangor pimpinan PKR itu menyaksikan DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PKR memegang 13 kerusi.

Selain tiga parti itu, Barisan Nasional (BN) mempunyai 12 kerusi dan bebas satu kerusi.

Bagi membentuk kerajaan, mana-mana parti atau gabungan parti perlu mempunyai majoriti mudah 29 kerusi.

Meskipun PAS Selangor melahirkan sokongan terhadap Mohamed Azmin, namun ia hanya bersifat taktikal semata-mata memandangkan parti itu tidak mempunyai calon sesuai untuk menjadi Menteri Besar.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad pula didakwa 'tidak cukup berani' untuk memegang jawatan tertinggi itu.

Istana Selangor pula tidak mungkin membenarkan sama sekali mana-mana calon DAP untuk menerajui jawatan Menteri Besar, meskipun terdapat calon daripada orang Melayu.

Memandangkan pilihan yang ada cukup terhad, maka Abdul Khalid dilihat calon paling tepat untuk menerajui Selangor dalam menangani kemelut dalam pakatan rakyat.

Lagipun, Istana Selangor senang dengan kepimpinan Abdul Khalid sejak beliau memegang jawatan itu pada tahun 2008.

Sumber memberitahu, kesediaan Abdul Khalid menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar semula menunjukkan beliau cukup serius.

"Abdul Khalid bukan selalu seperti itu tetapi kesediaan yang dinyatakan itu sangat serius dan cukup berkeyakinan.

"Sama ada Khalid membuat tawaran tersebut disebabkan ada penawaran, itu kena tanya beliau," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana