PKR Dakwa Anwar Lewat Dirawat, Masuk Wad Selasa Ini...Start Wayang dahhh...Ingat Tinggal Hotel 5 bintang?

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.

PKR dimaklumkan, sejak Anwar dipenjarakan yang kini memasuki hari ke-110, pemimpim pembangkang itu didakwa kehilangan berat badan kira-kira enam kilogram dan ada kesan darah dalam sampel najisnya.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, Anwar juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan perubatan.

Menurutnya, berdasarkan keadaan kesihatan Anwar itu, dia sepatutnya mendapat pemeriksaan perubatan secara lebih kerap.

Tambah Johari, bekas ketua pembangkang itu juga mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas dan perlu menjalani pemeriksaan MRI, rawatan lanjut dan kemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu.

"Peguam Datuk Seri Anwar telah menemui beliau Khamis lepas dan diberitahu beliau akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, Sabtu.

Johari berkata, beliau dimaklumkan bahawa Anwar dilawati oleh doktor-doktor yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan yang sedang memerhatikan keadaan beliau.

Beliau memberitahu bahawa kerajaan menerusi Jabatan Penjara sepatutnya  mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang diperuntukan Peraturan 234 dalam Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

“Dia (Anwar) ada hak-hak dia sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, bukan kerana dia sebagai ketua pembangkang tetapi orang yang terpenjara,” katanya.

Dalam pada itu, Johari turut mempersoalkan peranan dan kuasa Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri berhubung masalah kesihatan banduan.

“Kalau seorang pesakit, adakah kementerian mesti beri arahan. Kalau lihat pada SOP, sudah tentu pengarah penjara mempunyai kuasa. Bayangkan kalau menteri ke luar negara banyak hari. Ia seolah-olah pengarah tidak mempunyai kuasa,” katanya.

Sehubungan itu katanya, PKR menuntut supaya Anwar diberikan penjagaan kesihatan secara menyeluruh sebagaimana yang diperlukannya.

“Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Datuk Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana yang diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dan rawatan diberikan sehingga keadaan beliau pulih,” katanya.

Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Febryari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana