Pemilihan PAS: Mat Sabu 'masuk gear lima'...londeh Haji Hadi

Mat Sabu nampaknya sudah tidak berselindung lagi dalam usaha do or dienya mempertahan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS dan memastikan teamnya menang pada pemilihan jawatan parti itu.

Menjelang muktamar parti itu yang akan berlangsung empat hari saja lagi,beliau bergabung tenaga turun pada ceramah di Tumpat Jumaat malam bersama calon Presiden Ahmad Awang.

Mat Sabu akan ditentang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Ahmad Awang akan menentang Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Tema kempen mereka mahu mengekalkan PAS dalam Pakatan diketika seterus politik mereka kini golongan ulama parti itu sedang bertegang urat dengan DAP dan PKR.

Mat Sabu cuba gambarkan bagaimana PAS tidak kemana tanpa rakan dalam Pakatan.

Dalam konteks ini beliau ' londeh' kegagalan Haji Hadi menawan menawan Terengganu.

Katanya PAS hanya berjaya perintah Terengganu pada pilihanraya tahun 1999 apabila ia berpakat dengan Parti Keadilan Rakyat.

Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya dipercayai menyindir tindakan Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Mat Sabu juga menyindir mengenai kehebatan ceramah Hadi di kwasan markasnya di Rusila,Terengganu hingga kereta terpaksa parking berbatu jauhnya.

"Jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum tak boleh ambil Terengganu.
Di Kelantan pula,katanya PAS gagal perintah negeri itu di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekitar tahun 80-an

kerana tidak bergabung dengan parti pembangkang.

Kejayaan itu hanya dicapai setelah PAS bergabung dengan parti Semangat 46 yakni serpihan UMNO pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

" PAS berpakat dengan Semangat 46 lawan UMNO dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (di Kelantan).

"Ertinya sehebat-hebat Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, tak boleh ambil Kelantan melainkan bila tahaluf dengan Semangat 46. Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang," katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus mengekalkan PAS dalam pakatan pembangkang jika dipilih menerajui parti itu nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana