Pembohong Tak Buat Pembetulan, Tunjuk Bukti Kalau Gubah Wang Haram

ADA usaha terdesak oleh Tun Mahathir untuk tuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembohong kerana buat pembetulan di parlimen tentang aset 1MDB (bukan tunai) yang disimpan dalam BSI Singapura.

Setahu penulis, seorang pembohong tidak akan buat pembetulan.  Sebaliknya, pembohong akan kata orang yang percayakan pembohongannya sebagai ‘bangang’, itu baru pembohong.  Contohnya, bila wang RM 42 billion yang dikatakan hilang (tak mungkin diperolehi kembali), ditukar kepada hutang (boleh diperolehi kembali).

Atau pada 1997 kata George Soros penyangak mata wang yang hampir membangkrapkan negara, tapi berbelas tahun kemudian, dengan senang hati percaya cakap Soros bahawa dia tidak terlibat dalam krisis 1997.

Itu baru bohong, itu baru pembohong.  Setakat pinda jawapan di Parlimen, bukan pembohong, tapi orang jujur.

Menariknya, ini strategi Tun Mahathir – tunggu dimana Najib ‘macam silap’, itulah yang dipilih untuk dijadikan ‘soalan baru’.  Hilang dah cerita tentang risiko pelaburan di Cayman Island, hilang dah cerita Altantunya, hilang dah cerita Sirul, Petro Saudi dan sebagainya, sekarang hanya ada cerita ‘pembohongan’ yang kononnya dilakukan Najib di Parlimen.

Kalau ada pun hanya sentuh sikit-sikit, bukan lagi tajuk utama macam dulu.  Walaupun tidak dinyatakan, penulis percaya keadaan ini berlaku kerana keberkesanan kerajaan dan 1MDB menjawab setiap tuduhan sehingga sang pemfitnah tidak ada modal untuk membalas semula.  Sebab itu banyak benda sudah hilang.

Gubah Wang Haram

Sekarang ini juga ada permainan persepsi baru – 1MDB terlibat dengan penggubahan wang haram pula.  Seperti mana biasa, sang penuduh guna ayat seperti MUNGKIN dan paling penting – pura-pura macam orang bodoh bertanya soalan. Tapi motifnya kita semua tahu nak buat persepsi bahawa 1MDB terlibat dengan kegiatan salah itu.

Jadi orang putih kata ‘cut the crap’.  Kalau ada bukti, sila kemukakan kepada pihak yang berkenaan.  Penggubahan wang haram ini kesalahan besar dan tidak mungkin boleh berlaku kalau setakat Perdana Menteri pinda jawapan di Parlimen.

Kalau memang berlaku sekalipun, Perdana Menteri tidak mungkin terlibat kerana beliau tidak pegang apa-apa jawatan dalam 1MDB, itu KALAU TERLIBAT, tapi kita yakin 1MDB tidak terbabit dengan apa yang dituduh tersebut.

Ini bukan zamannya dimana rsemua benda pun, termasuk reka bentuk KLCC kena dapat kelulusan Perdana Menteri terlebih dahulu- yang latar belakangnya dalam bidang perubatan, bukan rekabentuk.  Zaman itu sudah berlalu.  Zaman ini, syarikat kerajaan seperti 1MDB ada kebebasan buat keputusan sendiri, kerajaan hanya mengawasi dari atas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana