PDRM Sahkan....139 kubur pelarian ditemui di hutan Wang Kelian...

Kalau sebelum ini gempar dengan kisah penemuan kubur-kubur etnik Rohingya dan Bangladesh yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di sempadan sebelah Thailand...kini di sebelah Malaysia pula menjadi tumpuan.
Ini ekoran penemuan sebilangan kubur besar dan rangka manusia di dekat  Wang Kelian oleh pasukan komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu operasi khas dari 11 Mei hingga Sabtu lepas.

Operasi itu dilancarkan ekoran penemuan di sebelah sempadan Thailand.

Terbaru Isnin,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turun sendiri ke lokasi berkenaan memberitahu sejumlah 139 kubur telah ditemui di kawasan berbukit dan hutan tebal itu.

Juga ditemui 28 kem yang digunakan oleh sendiket untuk pemerdagangan manusia.

Katanya setakat ini belum dapat dipastikan lagi berapa mayat yang ditanam dalam kubur-kubur berkenaan.

Menurut Khalid kem terbesar boleh menempatkan hingga 300 orang.

Beliau berkata penemuan kubur-kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan dan mayat yang reput yang hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu.

"Pendedahan ini membuktikan kerajaan Malaysia bersikap telus dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat membabitkan isu pemerdagangan manusia," kata Khalid dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia dan asing di Wang Kelian..

Menurutnya reka bentuk kem berkenaan yang dipagar dan sentri menggambarkan ia dikawal dan orang-orang yang hendak diseludup tidak bebas bergerak.

"Secara fakta kem-kem ini ditemui, ada yang dipercayai diduduki sejak 2013 dan terbaru dua kem ditinggalkan antara dua hingga tiga minggu lepas.

"Polis masih belum dapat memastikan sama ada semua kubur ini mengandungi mayat manusia atau tidak sehingga semuanya digali," katanya.

Khalid berkata operasi itu dilancarkan susulan penemuan beberapa kubur besar mengandungi mayat manusia dipercayai pendatang asing membabitkan sindiket pemerdagangan manusia ditemukan pihak berkuasa Thailand di sekitar Padang Besar dan Songkhla, baru-baru ini.

Beliau memberitahu kumpulan mayat pertama dijangka dapat dikeluarkan petang ini oleh pasukan forensik terdiri 31 orang yang memasuki kawasan kem tersebut pagi ini.

Katanya kawasan pencarian dalam operasi itu di bahagikan kepada sektor A, B dan C sepanjang 49.5 kilometer dari Kampung Wai dekat Wang Kelian hingga tembok terakhir atau Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menerusi twitter beliau kata kerajaan berikrar untuk mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab berhubung penemuan kubur besar yang dipercayai mengandungi ratusan mayat pelarian Rohingya itu.

“Saya amat prihatin dengan kubur yang ditemui di bumi Malaysia yang dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan manusia. Kami akan mencari mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu wartawan semalam kem berkenaan berkemungkinan wujud di kawasan itu sejak sekian lama.

"Mungkin lebih lima tahun. Saya terkejut!" katanya.

"Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara berada di sana sekarang untuk proses pengecaman dan pengesahan.

"Satu kubur mungkin mempunyai tiga, empat badan. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak jumlahnya. Kami mungkin akan mencari lagi mayat," kata Zahid.

Sebelum ini disebelah sempadan Thailand dikejutkan dengan penemuan sebilangan kubur besar dan kem etnik Rohingya dan Bangladesh yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh sindiket tertentu.

Kubur-kubur yang terletak di daerah Sadao, wilayah Songkhla itu dijumpai di sebuah kem lama yang sering digunakan dalam proses pemindahan manusia dari Thailand ke Malaysia.

Ketua Polis Thailand, Leftenan Jeneral Jaktip Chaijinda juga berkata, pihaknya telah menahan 30 suspek sejak dua minggu lalu, kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL