PasMa Rancang Guling Hadi - Zuhdi

PETALING JAYA: Menjelang pemilihan PAS minggu depan, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) didakwa menjadi perancang dalam usaha untuk menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaga presiden PAS.

Selain itu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki turut mendakwa PasMa merancang untuk melakukan Grand Design bagi memastikan kumpulan mereka memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

"Jelas sekali PasMa berperanan di belakang Ahmad Awang, apabila terdapat figure PasMa mengiringi beliau sewaktu menyerahkan jawapan kesediaannya bertanding jawatan Presiden PAS baru-baru ini.

"Program-program yang melibatkan Ahmad Awang juga banyak dianjurkan oleh mereka yang sama ada ahli PasMa ataupun yang sebelum ini mesra PasMa.

"PasMa dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan," kata Mohd Zuhdi menerusi kenyataan pada Jumaat.

Kesediaan Ahmad untuk mencabar Hadi yang memegang jawatan presiden PAS selama 13 tahun sejak 2002 itu mencipta sejarah selepas 55 tahun.

Kali terakhir jawatan itu dipertandingkan ialah ketika Presiden PAS ketiga, Dr Burhanuddin Al-Helmy dicabar oleh Prof Zulkifli Muhammad dalam Muktamar PAS kelima pada tahun 1960.

Mengulas lanjut Mohd Zuhdi mengandaikan bahawa PAS akan menjadi 'budak suruhan DAP' jika Hadi tewas di tangan Ahmad.

"Sekiranya cubaan mereka (PasMa) menyingkirkan Tuan Guru Abdul Hadi dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi 'budak suruhan DAP' dalam Pakatan Rakyat.

"Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baharu sebagaimana yang diuar-uarkan oleh mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana